PAS > hudud.
Hadi kata PAS boleh baik dengan MCA sebab MCA cuma 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗵𝘂𝗱𝘂𝗱, tapi 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦. Maknanya tak kisah lawan hukum Islam, asalkan jangan lawan PAS je?
Adakah itu maknanya PAS lebih tinggi kedudukannya berbanding hukum Allah? Bukan ke dulu Hadi pernah kata hudud ni 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 sampai 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿 kalau tak laksanakan?
Dan adakah ini bermakna PAS akan tolak orang yang lawan PAS walaupun orang itu besar jasanya kepada Islam, malah lebih banyak bantu bangunkan Islam di negara ini berbanding PAS sendiri?
Jadi maknanya, 𝗣𝗔𝗦 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 lebih daripada Islam. Itu bermakna PAS bukan Islam. PAS cuma parti politik je. Terbukti Islam cuma kenderaan untuk PAS tunggu demi dapatkan kuasa.
Dan satu perkara yang Hadi mungkin lupa. Dulu ada 𝗮𝗸𝗵𝗯𝗮𝗿 𝗖𝗶𝗻𝗮 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗠𝗖𝗔 yang menggambarkan PAS sebagai 𝗺𝗼𝗻𝘆𝗲𝘁. Macam tu sekali mereka hina Hadi.
Tapi Hadi apa kisah. Asalkan 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺 terhadap DS Anwar terbayar dan asalkan boleh dapat kuasa, kena hina pun kena hinalah. Guane boh?
No comments:
Post a Comment