
Calon Perling dari DAP, Tee Boon Tsong mempersoalkan dakwaan penggunaan premis agensi kerajaan untuk kempen pilihan raya kerana premis itu bukan aset BN.
JOHOR BAHRU, 6 Jul – Pakatan Harapan mendakwa pelajar dari sebuah kolej pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Johor dipaksa menghadiri acara politik yang menampilkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi.
Calon Perling dari DAP, Tee Boon Tsong, berkata beliau menerima aduan pelajar dikehendaki oleh kolej mereka untuk menghadiri acara di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kluang pada 4 Julai lalu.
“Kehadiran diwajibkan oleh kolej. Pelajar tidak tahu apa tujuan acara itu. Apabila tiba di lokasi, mereka mendakwa diminta menukar pakaian kepada baju biru untuk ketibaan Onn Hafiz dan dipaksa melaungkan slogan kempen.”

Tee berkata demikian pada sidang media yang disertai calon DAP lain – J Kartiyaini (Skudai), Andrew Chen (Stulang), Lee Wern Ying (Johor Jaya) dan Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram).
Pembantu Onn Hafiz ketika dihubungi menolak dakwaan itu sebagai fitnah namun tidak mengulas lanjut.
Tee mempersoalkan dakwaan penggunaan premis agensi kerajaan untuk kempen pilihan raya kerana premis itu bukan aset BN.
Katanya, laporan polis belum dibuat kerana beliau mahu mendapatkan penjelasan Onn Hafiz dan LHDN terlebih dahulu.

No comments:
Post a Comment