Johor-Singapura bukan sekadar pintu masuk negara, tetapi nadi kepada pergerakan rakyat, perdagangan dan pertumbuhan ekonomi serantau.

 



Saifuddin Nasution Ismail



Johor-Singapura bukan sekadar pintu masuk negara, tetapi nadi kepada pergerakan rakyat, perdagangan dan pertumbuhan ekonomi serantau.

Sebab itu Kerajaan MADANI terus melaksanakan pelbagai penambahbaikan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), merangkumi peningkatan infrastruktur, kecekapan operasi serta pendigitalan perkhidmatan sempadan.
Daripada lorong motosikal dan dewan penumpang yang lebih selesa, kepada penggunaan teknologi digital seperti MYNIISe, Malaysian Automated Clearance System (MACS) dan Variable Message Signage (VMS), setiap penambahbaikan ini bertujuan menjadikan proses keluar masuk negara lebih cepat, cekap dan berintegriti.
Usaha ini juga melengkapkan pembangunan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) dan persediaan menjelang operasi RTS Link yang bakal memperkukuh mobiliti rakyat serta merancakkan aktiviti ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Insya-Allah, Kementerian Dalam Negeri akan terus memastikan pintu masuk negara bukan sahaja selamat dan efisien, malah mampu menyokong pertumbuhan ekonomi negara serta memberikan pengalaman yang lebih baik kepada jutaan pengguna setiap tahun.
Ke arah pergerakan rentas sempadan yang lebih pantas, cekap dan berintegriti!

No comments: