Tingkah laku Zahid Hamidi dan Najib dalam pentas politik sejak kekalahan BN pada 2018 adalah gambaran tiada perasaan malu dalam diri mereka terhadap perbuatan rasuah yang dianggap menjijikkan bagi semua bangsa serta agama di dunia ini.
Zahid Hamidi, setelah didakwa di mahkamah langsung tidak memperlihatkan perasaan malu terhadap pertuduhan yang dikenakan kepadanya, malah terus memimpin UMNO seolah-olah seorang seorang yang ada sebarang kesalahan.
Beliau juga mengabaikan ketetapan parti sebelum ini yang menghendaki mana-mana pemimpinnya yang didakwa di mahkamah melepaskan jawatan buat sementara sehingga proses mahkamah selesai bagi mengelakkan nama parti terpalit dengan pertuduhan tersebut.
Sementara Najib lebih dahsyat lagi, ketika sudah didakwa dan didapati bersalah pun, cuma sementara menunggu rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan, lagak dan gayanya ke sana sini langsung tidak memperlihatkan ada penyesalan dalam dirinya.
Beliau berkempen dan bertemu rakyat tanpa rasa malu atas pertuduhan dan kesalahan yang sudah disabitkan, bahkan selalu pula melakukan “troll” terhadap lawan politiknya yang tidak pernah pun dituduh di mahkamah.
Setelah dipenjarakan, Najib lebih tidak malu lagi apabila menulis surat memohon untuk hadir ke Parlimen dan setelah permohonannya itu ditolak oleh Jabatan Penjara, beliau kemudian membawanya ke mahkamah pula.
Di kampung-kampung pada zaman dahulu, jika seseorang itu ditangkap polis kerana dituduh mencuri, selepas dibebaskan mereka biasanya tidak keluar rumah pada waktu siang selama berminggu-minggu atau melarikan diri ke tempat lain buat beberapa waktu.
Aduhhh…kenapakah Zahid Hamidi dan Najib langsung tiada perasaan malu, sedangkan pertuduhan rasuah dan pecah amanah yang dikenakan kepada mereka bukan kecil-kecilan jumlahnya?
Dalam hal ini, seorang tokoh media menyifatkan tingkah laku Zahid Hamidi dan Najib yang tiada rasa malu itu antaranya adalah disebabkan salah orang Melayu sendiri dalam penggunaan bahasa mereka.
Beliau memberi contoh, malas dan malu adalah kata sifat yang bila ditambah dengan imbuhan akan menjadi kata terbitan bagi mengambarkan kesan perbuatan itu.
Contohnya, kata beliau, kemunduran orang Melayu adalah disebabkan sifat malas yang mana ia akan bertukar menjadi kata terbitan “kemalasan” setelah ditambah imbuhan “ke” dan “an”.
Tetapi, tambah tokoh media itu lagi, perkataan malu tidak ada kata terbitan kerana perkataan itu apabila ditambah imbuhan “ke” dan “an”, ia automatik merujuk kepada anggota sulit manusia.
“Orang tua zaman dahulu malu untuk menyebut anggota sulit kerana dianggap lucah.
“Memalukan jika anggota itu dilihat orang, justeru tanpa disedari istilah kemaluan dirujuk sebagai ganti nama anggota sulit,” katanya
Maka, kata beliau, kita berasa janggal untuk berkata “amalan rasuah oleh pemimpin kita menyebabkan “kemaluan” yang amat besar kepada seluruh orang Melayu”.
“Anehnya bila orang Melayu naik angin atau marah, mereka mudah pula mencarut dengan perkataan “bu**h pak hang”, “kepala bu**h”, “pu**mak” dan seumpamanya,” katanya lagi.
Menurut beliau, oleh kerana tiada kata terbitan bagi perkataan malu itu, ia dengan sendirinya menyebabkan mereka yang melakukan kesalahan rasuah, waima rasuah tahap mega sekali pun, langsung tiada perasaan malu dalam diri mereka.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar kata terbitan bagi sifat malu hendaklah digunakan dalam perbualan atau tulisan seharian mulai sekarang agar pelaku-pelaku rasuah dimalukan atau ada perasaan malu atas perbuatan mereka itu.
Katanya, selagi kata terbitan bagi sifat malu itu tidak digunakan, melakukan rasuah tidak akan mendatangkan rasa malu, malah rasuah seolah-olah sudah melenyapkan sifat malu dalam orang Melayu itu sendiri.
“Dalam kes Zahid Hamidi dan Najib, kalau selepas ini ditulis – Zahid Hamidi dan Najib punca “kemaluan”UMNO – bukankah ia lebih berkesan dalam menjelmakan rasa malu kepada pelaku dua pemimpin berkenaan dan orang-orang Melayu seluruhnya terhadap perbuatan terkutuk itu?” soal tokoh media itu ketika kami berbual-bual tentang politik negara sambil minum kopi di kediamannya, baru-baru ini. – ShahbudinHusin 08/09/2022.