Sesat mencari kereta, kecanggihan parking Pavillion
Mall melebihi permintaan dan tidak ikut arus zaman
PAVILION GAH TAPI SUNYI SEPI
Sewaktu saya ke KL baru2 inI saya sempat berkunjung ke Pavilion
Mall Bukit Jalil atas jemputan seorang rakan. Buat julung kalinya selepas
berpuluh tahun dan beratus Mall saya kunjungi saya sesat mencari parking
(cerita selanjutnya di penghujung artikel).
Saya agak terlewat dan tergesa gesa bila tiba. Apatah lagi tidak
biasa dgn Mall tersebut. Masuk ke dlm saya agak terkejut Mall ini sunyi sepi
walaupun byk kenderaan di lot parking.
Kedai2 masih byk kosong dan saya tidak melihat Mall ini ada masa
depan. Bagi saya pengurusan Pavillion tamak atau bernafsu besar hingga sanggup
melabur ratusan juta ringgit utk Mall mereka di Bukit Jalil tanpa memikirkan
faktor2 yg saya huraikan di bawah.
5 faktor utama kenapa Mall Pavillion ini sunyi dan juga byk
Mall2 di seluruh negara sunyi tanpa pengunjung dan ada ditutup
1. Size terlalu besar dan lokasi tidak strategi
Jujur saya katakan Mall ini terlalu besar walaupun ada seribu
pengunjung anda tetap merasakan ia kosong. Ia sekaligus membuatkan pengunjung
merasa bosan. Dgn lokasinya yg jauh dari pusat bandaraya dan bergantung
sepenuhnya kpd pengunjung tempatan.. sukar utk ia menarik pengunjung ke situ.
Tarikan tiada apabila byk kedai2 masih kosong terutama di aras 1,2 dan 3. 40
minit dari hujung ke hujung di aras GF dna LG saya sudah mencapai 10k step
bermakna punya besar Mall ini.
2. Pembelian Secara Online
Umum mengetahui era skg adalah era pembelian secara online. Saya
sendiri dpt merasakan apabila jualan kedai saya di Mall 40% adalah jualan
online. Anak2 saya sendiri kerap shopping secara online. Bagi mereka ia jauh
lebih murah dan byk pilihan. Ia trend anak2 muda bukan setakat itu sahaja
mereka gemar order makanan menggunakan Grabfood atau Foodpanda. Sekaligus arus
zaman (teknologi) telah memberi kesan kpd jumlah kehadiran org ramai ke Mall.
3. Mall Terlampau Banyak
Jumlah Mall yg terlalu byk juga penyumbang kenapa Mall
menghadapi kekurangan pengunjung. Kebiasaan Mall yg lama ditinggalkan kecuali
ia ada tarikan tersendiri. Di Lembah Klang berpuluh Mall tumbuh bagaikan
cendawan. Kewujudan terlalu byk Mall membuat mereka terpaksa bersaing sesama
sendiri.
4. Daya Beli Menurun
Umum mengetahui dunia mengalami kemurungan ekonomi kesan dari
Pandemik. Puluhan ribu dibuang kerja. Rakyat lebih fokus kpd membina ekonomi
dan berjimat cermat. Sebab itu skg trend pembelian baju secara online atau
bundle.
Lokasi Pavillion di luar dari pusat bandaraya adalah satu
kesilapan besar. Pavillion Mall jenama besar atau bertaraf 5 bintang. Pelancong
selain mengenali ikonik KLCC mereka kenal Pavillion. Jadi Pavillion Bukit Jalil
yg hanya mengharap org tempatan pasti sukar menerima pengunjung ke sana.
Mindset org kita Pavillion mahal.
5. Harga Sewa Terlampau Tinggi
Saya ada kedai di Mall dan sudah 8 tahun di situ. Kos utk
membuka berganda dari kedai saya diluar. Masih ingat lagi deposit owner dan
mall dan syarat2 merwka saya sudah habis RM 40k belum kos renovation lagi. Sewa
di Mall yg agak mahal menbuatkan ramai tidak berani membuka perniagaan mereka
di dlm Mall.
Malah waktu Pandemik pemilik kedai Mall tidak mahu mengurangkan
harga sewa begitu juga yg menyewa dgn pengurusan Mall. Ia adalah antara faktor
penyumbang kenapa Pavillion itu kosong. Jika ia berterusan saya dapat merasakan
perimis di Lot2 kedai Pavillion bukan akn bertambah tetapi akn berkurangan
kerana tidak ramai penyewa mampu meneruskan perniagaan jika tiada ramai
pengunjung.
Baik berbalik kpd cerita parking. Apabila ingin pulang buat
pertama kalinya saya terlupa di mana saya parking kereta. Sampai hari ini
isteri tidak ketahuan cerita ini bimbang sindiran saya kpdnya selama ini akan
kembali kpd saya.
Lalu saya buat aduan kpd Pengawal Keselamatan sorang lelaki
Bangladesh. Dia minta tiket parking saya dan membawa saya ke sebuah mesin
bersebelahan mesin pembayaran tiket.
Dia masukkan mesin tersebut… punya canggih skrin di mesin
tersebut menunjukkan gambar visual di mana lokasi kereta tersebut. Bermakna di
setiap barisan parking ada kamera yg mengawasi kenderaan kita. Fuh canggih dan
teruja betul saya dgn sistem keselamatan paking Pavillion Bukit Jalil.