ELOK ELOK JANGAN SURUH PAS PILIH MASA NI . SEBAB MEREKA SEDANG MELIHAT PERKEMBANGAN WAK ZAHID SAMA ADA KES SELESAI ATAU TIDAK..MASA ITULAH MEREKA AKAN MENENTUKAN KOLAM MANA NAK TERJUN.

 

Tunggu bubar, jangan suruh PAS pilih Umno atau PN sekarang, gesa Nazri




Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz yakin PAS tetap memilih
 kerjasama Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi pilihan raya
 umum ke-15 (PRU15).

PETALING JAYA: Semua pihak tidak wajar menekan PAS untuk menyatakan pendirian berhubung kerjasama hendak dibentuknya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.

Menurut wakil rakyat Umno itu, parti berkenaan harus diberi peluang untuk membuat keputusan muktamadnya sama ada mahu kekal dalam Perikatan Nasional (PN) atau kembali bersama Umno hanya selepas Parlimen dibubarkan.

Katanya, semua pihak harus memahami bahawa PAS ketika ini adalah rakan gabungan PN dan menjadi antara parti utama membentuk kerajaan campuran.

“Sepatutnya semua orang kena tunggu Parlimen terbubar, barulah PAS akan nyatakan pendirian mereka.

“Saya sangat yakin PAS akan tetap memilih kerjasama Muafakat Nasional (MN) pada akhirnya,” katanya menurut Sinar Harian.

Pada 2 Okt, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata PAS perlu memenuhi tiga tuntutan jika mahu kembali menjalin kerjasama politik, bagi berdepan PRU15.

Katanya, tiga tuntutan itu adalah keluar daripada PN, memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka “mufarakah” (berpisah) 100% daripada PN dan Bersatu.

Tiga syarat itu dikemukakannya ketika bertemu Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada bulan lalu.

Hari ini Abdul Hadi mengumumkan keputusan parti itu untuk meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan “komitmen” bersama Umno dan Bersatu bagi menghadapi PRU15.

Beliau berkata pihaknya berpandangan perlu ada “keanjalan” dalam rundingan antara ketiga-tiga parti.

“Termasuklah berkenaan syarat-syarat yang dikemukakan dan rundingan kerusi yang sedang diusahakan,” katanya dalam kenyataan media rasmi dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini.


No comments: