1. Bajet 2023 bernilai RM369.34 Bilion dimana RM272.34 Bilion
adalah untuk perbelanjaan mengurus manakala untuk Pembangunan bernilai RM97
Bilion. Sektor sosial mendapat peruntukan terbesar dalam perbelanjaan mengurus
iaitu RM108 Bilion.
2. Bajet kali ini tidak berbeza dengan sebelumnya ketika negara
melalui fasa pemulihan dalam membina ketahanan nasional yang memerlukan
pengurusan lebih efektif dan sifar ketirisan. Keadaan keberhutangan negara
masih tinggi iaitu RM1.4 Trilion. Hutang 1MDB masih berbaki RM25.9 Bilion di
mana pada tahun 2019 semasa kerajaan PH, usaha mengambil balik aset 1MDB yang
berterusan hingga 2022 telah berjaya mengembalikan RM 19.3 Bilion. Ini termasuk
pendakwaan Jerung Besar mantan PM Najib Razak semasa PH telah memulihkan imej
negara di mata dunia.
3. Apa yang membezakan bajet kali ini hanyalah pengenalan
Pemetaan SDG (Sustainable Development Goals) dalam sektor2 yang diperuntukkan
berpandukan 17 agenda SDG dimana sektor pendidikan dan pengukuhan institusi dan
keadilan merupakan dua sektor terbesar yang mendapat peruntukan masing2 RM78
Bilion dan 67Bilion. Ia hanya pemetaan dan bukan peralihan dasar baharu.
Pembangunan Hijau mendapat tempat sebagai keperluan Malaysia memasuki fasa 70%
mengurangkan penyahan karbon pada 2024. Namun dasar agresif dan holistik masih
jauh dari pencapaian selagi ESG (environmental, social & governance) tidak
menjadi ekosistem dalam membangunkan negara.
4. Buktinya pengukuhan kepada keberkesanan mengelak ketirisan
masih lagi tidak diperincikan dan dipertegaskan. Bajet ini adalah 'bussiness as
usual' dalam anugerah kontrak tanpa penegasan kepada perlunya tatakelola yang
telus dan bertanggungjawab. Isu LCS dan OPV dalam keperluan menjaga keselamatan
maritime negara berpotensi untuk berulang lagi dalam pembekalan aset
keselamatan negara. Mendanai parti politik dan mengkayakan oligarki tidak
ditangani dan rasuah dalam kontrak kerajaan menjadi sistemik dan sudah
membarah. Satu Akta baharu untuk perolehan kerajaan (GPA) yang lebih telus
diperlukan begitu juga akta fiskal bertanggungjawab (FRA) untuk memantau
perolehan dan tatakelola kewangan dalam kontrak kerajaan. Bajet 2023 tidak
memperkenalkan komitmen menangani RASUAH.
5. Kerajaan terpaksa berbelanja RM 485juta dalam bajet untuk
penyelenggaraan semua kapal dan bot APMM yang usang bagi memastikan keselamatan
kawasan maritim negara. Isu 3 biji Offshore Patrol Vessel (OPV) bernilai RM739
juta masih gagal disiapkan sejak anugerah rundingan terus pada tahun 2017
walaupun RM500juta telah dibelanjakan. 6 buah Kapal LCS untuk TLDM pula dengan
peruntukan RM 9 Bilion masih gagal disiapkan walaupun 6 bilion telah dibelanjakan.
Kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati berlaku ketirisan di
dalam agihan kontrak terhadap kontraktor Bumiputera. 10% hingga 15% daripada
nilai kontrak diagihkan kepada pelobi atau orang tengah manakala 13% hingga 15%
lagi diagihkan kepada kumpulan politik dan birokrat.
6. Dengan spekulasi PRU akan diadakan sebelum hujung tahun 2022,
Bajet 2023 hanyalah gula-gula tanpa ada intipati untuk mendepani masalah yang
lebih besar iaitu RASUAH yang mengakibatkan anggota 'Keluarga Malaysia' yang
lebih besar merana kerana keperluan bajet pembangunan sepatutnya dapat
dinikmati lebih dari RM 97Bilion yang diperuntukkan dalam bajet 2023.
Sekian
YB DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Parti AMANAH
Ahli Parlimen Parit Buntar
Pengerusi PH Perak
7/10/2022