JAGA JAGA ..ADA ORANG TIDOR TAK LENA ....

 

Keputusan Anwar tanding di Tambun diketahui 29 Okt, kata Mujahid.




Pengerusi PH Anwar Ibrahim dilaporkan sebelum ini sedang
 mempertimbangkan cadangan supaya beliau bertanding di kerusi
 Parlimen Tambun pada PRU15.

PETALING JAYA: Keputusan sama ada Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun dijangka diketahui pada 29 Okt, sempena Konvensyen Nasional Pakatan Harapan (PH) di Perak, kata Mujahid Yusof Rawa.

Pengerusi PH Perak itu berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan Anwar bertanding di kerusi Parlimen berkenaan kerana ketokohannya dilihat mampu memberi kelebihan dan nilai tambah.

“Selaku pengerusi PH Perak, saya amat mengalu-alukan beliau bertanding di kerusi itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Pencalonannya untuk bertanding di kerusi berkenaan akan memberi penghormatan besar kepada kami di Perak. Ketokohan beliau akan menguntungkan PH negeri ini.

“Namun, sama ada Anwar bertanding di Parlimen Tambun atau tidak, ia hanya akan diumumkan pada konvensyen itu nanti,” katanya, lapor Berita Harian.

Parlimen Tambun kini dipegang Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu, yang juga timbalan presiden Bersatu. Beliau menang dengan majoriti 5,320 undi pada PRU14, menewaskan calon Barisan Nasional, Ahmad Husni Hanadzlah dan calon PAS, Ibrahim Zakaria.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Anwar sedang mempertimbangkan cadangan supaya beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15.

Cadangan itu turut dialu-alukan oleh Faizal yang berkata, beliau tidak berasa tergugat dengan siapapun lawannya pada PRU15 kerana ia proses yang perlu dilalui oleh ahli politik dalam mendukung amalan demokrasi.

DAP Perak turut mempelawa Anwar bertanding di kerusi Parlimen negeri itu, terutamanya Tambun, yang disifatkannya sebagai kerusi disandang “pengkhianat” PH.


No comments: