INI LAH MANUSIA BODOH SOMBONG



 Mohon maaf? Tiada hasrat pun, kata Ahmad Fadhli

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang juga ketua penerangan Pas enggan memohon maaf meskipun didesak oleh segelintir pihak ekoran tindakannya menyindir rundingan damai Thailand Kemboja yang diusahakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Saya serahkan kepada polis sebab sudah ada laporan. Saya tidak berhasrat minta maaf,” katanya, lapor FMT.


Ketua Pemuda PKR Muhammad Kamil Abdul Munim dan Syahredzan Johan (PH-Bangi) menggesa Fadhli memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand dan Kemboja susulan kenyataan dan hantaran memperlekeh usaha gencatan senjata antara kedua-dua negara itu.


AMANAH Perak pula mahu Ahmad Fadhli dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan parlimen.


Fadhli menerusi hantaran di laman sosial memuat naik karikatur kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang dengan monyet bertindak sebagai hakim berserta kapsyen: “kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang.”

Beliau telah memadam hantaran terbabit selepas dikritik ramai.


Laporan polis telah dibuat oleh ahli parlimen Pakatan Harapan pagi tadi.


Semalam Anwar selaku pengerusi ASEAN 2025 telah mengadakan mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.


Kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat.






No comments: