“Perhimpunan Kekal Anwar” seru rakyat pertahan Kerajaan Perpaduan – GTSM

FOTO BERITA: Sidang Media Perhimpunan Kekal Anwar oleh Kamarudin Hussain President Teksi Malaysia Restoran Lepak SD Taman Wilayah Selayang, Selangor. 29hb Julai 2025 (Selasa)

Gabungan pemandu teksi yang diketuai oleh Kamarudin Mohd Hussain, Presiden Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se-Malaysia (GYSM) mengumumkan penganjuran satu perhimpunan rakyat bertemakan “Perhimpunan Kekal Anwar” yang akan berlangsung pada 27 Ogos 2025 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
.

Pengumuman perhimpunan tersebut telah diadakan di Restoran Lepak SD, Taman Wilayah, Selayang, dengan kehadiran aktivis masyarakat dan wakil-wakil penggiat industri teksi.

Menurut Kamarudin, perhimpunan ini adalah satu manifestasi sokongan terbuka rakyat marhaen terhadap kerajaan Perpaduan, khususnya kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang menurut beliau telah menunjukkan kepimpinan yang adil, progresif dan prihatin terhadap nasib rakyat.

“Kami hanyalah pemandu teksi, pendapatan kami tidak seberapa. Tapi sebagai rakyat Malaysia, kami tidak akan berdiam diri. Kami akan pertahankan kerajaan ini yang dipimpin oleh seorang pemimpin berjiwa rakyat seperti YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” tegas beliau.
Kamarudin turut menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan Baginda dalam memperkenankan penubuhan Kerajaan Perpaduan pasca PRU-15, yang telah mengembalikan kestabilan politik dan memberi ruang kepada usaha membangunkan negara secara menyeluruh.

“Walaupun kami hanya mewakili sektor kecil dalam masyarakat, kami yakin suara kami akan memberi kesan besar, bukan saja dalam negara malah turut diperhatikan oleh masyarakat antarabangsa,” tambah beliau.

Pihak penganjur turut menyeru penyertaan menyeluruh dari rakyat Malaysia merentas latar belakang politik, termasuk para mahasiswa, NGO, ahli parti dalam Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, untuk turut serta menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang kini sedang memacu pembangunan negara.

Kamarudin juga mengambil kesempatan menjemput YAB Perdana Menteri untuk hadir dan bersama rakyat dalam perhimpunan tersebut.

Bagi memastikan kejayaan program ini, beliau turut merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos penganjuran. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun, Pertubuhan Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se-Malaysia
CIMB: 8604773699

No comments:
Post a Comment