RR
Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis penerangan Ayuh Malaysia hari Ahad lepas. Ramai yang datang dari seluruh Malaysia sehinggakan dewan yang tidak seberapa itu tidak cukup kerusi.
Mungkin ada yang hadir itu nak tahu rancangan politik saya yang seterusnya. Tapi majoriti yang hadir benar-benar kumpulan yang memang pernah terlibat dengan usaha kemasyarakatan yang tidak jauh dari konsep perusahaan sosial.
Niat untuk menghidupkan satu gerakan perusahaan sosial ini bukan benda baru. Dari muda lagi saya ada beberapa minat - (1) berniaga; (2) tolong budak-budak ada pekerjaan. Dari dulu-dulu saya yakin kalau kita berjaya beri peluang pekerjaan kepada orang lain, Insya Allah rezeki kita baik sebab kita menjaga periuk nasi orang lain.
Saya pernah kerja swasta, saya pernah kerja kerajaan (walaupun tak lama ha3). Masanya sudah tiba untuk kita gembleng tenaga dan sumber masyarakat untuk mencabar status quo yang sering tersepit di antara bergantung harap kepada kerajaan; dan motif keuntungan pihak swasta yang bermakna harga akan terus naik.
Saya ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang banyak menghantar mesej ingin turut serta. Ramai juga yang minta saya turun ke seluruh negara menerangkan bagaimana mereka boleh terlibat.
Insya Allah, pada masa yang sesuai, saya akan berjumpa dengan seberapa ramai yang ingin menyertai usaha yang dimulakan melalui Ayuh Malaysia.
Buat masa sekarang, untuk dapatkan maklumat lanjut dan memahami perusahaan sosial melalui Sektor Ketiga, saya kongsi:
1) Laman Ayuh Malaysia di https://ayuhmalaysia.org/
2) Slaid pembentangan semasa pelancaran Ahad lalu
Insya Allah, maklumat sedia ada ini boleh memberi pencerahan lanjut mengenai konsep Sektor Ketiga.







No comments:
Post a Comment