APABILA BERKELANA BARU BERSYUKUR ANDA RAKYAT MALAYSIA

 











Saya sekarang berada di Botswana, sebuah negara kecil di selatan Benua Afrika. 


Antara banyak negara, penduduk Zimbabwe dan South Africa mengatakan Botswana sebuah negara kaya (relatively) kerana 80% export negara adah berlian. 


Semasa di sini saya sempat masuk beberapa supermarket untuk bandingkan harga dengan negara kita. 


Dari segi barangan makanan harga mereka lebih kurang di Malaysia tetapi GST mereka 14% berbanding SST kita 8%. 


Petrol Ron95 mereka harga USD 1.05 (RM4.41) walhal kita hanya RM1.99. 


Rata-rata kemiskinan melata tetapi tidaklah seteruk di Zimbabwe, negara jiran. 


Botswana mempunyai tahap pengangguran yang tinggi sekitar 23% berbanding Malaysia 3-4%. 


GDP per kapita (nominal) Botswana ialah ~US $6,937 berbanding Malaysia sekitar ~US $12,000. 


Apabila saya lihat data-data ekonomi Botswana, alhamdulillah Malaysia lebih maju dalam skala ekonomi, pertumbuhan, diversifikasi dan kestabilan tenaga kerja. 


Ekonomi Malaysia hampir 20–22 kali lebih besar berbanding Botswana dan purata pendapatan individu di Malaysia sekitar 1.7–2× lebih tinggi, baik dari segi nominal mahupun PPP.


Apa makna semua ini? 


In simple terms, ekonomi Malaysia dikendalikan dengan lebih baik dan rakyatnya lebih sejahtera dan aman. 


Jadi persoalannya, kenapa kita perlu tukar pemimpin? 


Berkembaralah dan bersyukur anda rakyat Malaysia.




No comments: