BERAPA % SAJA YANG ADA DI KEDAH? JADINYA ELOK JUGAK TU BATALKAN PERKARA TERSEBUT

 


Mic nasihat Pas “didik” MB Kedah

Mic nasihat Pas “didik” MB Kedah

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan menasihatkan kepimpinan PAS supaya ‘mendidik’ Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor.

Katanya, MIC dan PAS telahpun menjalin hubungan mesra tetapi tindakan Sanusi menguji kerjasama erat itu.

“Saya sangat berharap agar kepimpinan PAS mendidik beliau bagaimana memimpin di negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

“Seorang menteri besar harus menjadi pemimpin untuk semua kaum di negeri itu dan tidak menindas hak kaum lain demi popularitinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Saravanan penjelasan Sanusi membatalkan cuti umum sempena Thaipusam tidak masuk akal malahan menjatuhkan maruah penganut Hindu di Kedah.


Walaupun Sanusi telah memberitahu MIC untuk melobi kerajaan persekutuan agar mewartakan Thaipusam sebagai cuti kebangsaan, Saravanan berkata kenyataan pemimpin PAS Kedah itu ‘amatur’.

Kata Saravanan lagi, Sanusi perlu sedar proses pewartaan cuti umum itu akan memakan masa.

Dia juga mencabar Sanusi untuk menamakan kumpulan Hindu yang kononnya dia temui sebelum mengumumkan pembatalan cuti itu.

“Menteri besar Kedah seharusnya mengadakan pertemuan dengan semua perwakilan masyarakat Hindu, termasuk parti politik, sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu.

“Ia tidak boleh hanya pertemuan dengan tiga kumpulan, seolah-olah pertemuan satu pihak, di mana anda cakap apa sahaja yang anda ingin katakan tanpa mendapat maklum balas yang tepat.

“Saya juga ingin mengingatkan menteri besar bahawa walaupun hanya ada 6.8 peratus orang India di Kedah, peratusan kecil ini dapat membuat perubahan besar ketika musim pilihan raya umum,” katanya.




 

No comments: