BOB KELANANG
Pada 2009 (10 tahun dulu) Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan MB
Ahmad Said (Nelang Kijal) telah menperkenalkan e-book kepada semua pelajar
sekolah di Terengganu.
Betul... banyak duit dihabiskan untuk kemudahan pelajar. Setiap
makmal komputer di sekolah ada disediakan pegawai teknologi maklumat yang
dibiayai penggajiannya oleh Kerajaan Terengganu.
Malah kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah syarikat (TopIT
Industries Sdn Bhd) bagi mengendalikan kemudahan komputer ini. Tujuannya cuma
dua... mengurangkan beban beg sekolah dengan buku teks DAN menyediakan
prasarana untuk sekolah Maya.
Beberapa sekolah telah diangkat menjadi perintis Sekolah Maya
dengan penggantian papan hitam kapur dengan papan hitam digital bersambung
dengan komputer dan projektor khas.
Tapi yang berlaku...
Mulut-mulut orang kita jugak yang kuat kondem mengutuk inisiatif
ini mengatakan ianya membazir... memburukkan malah menggagalkan projek ini
sebaik berjaya menjatuhkan MB Ahmad Said.
Sebenarnya semua Kerajaan Negeri mampu untuk melaksanakan
program seperti ini... Dana kita ada... Kepakaran pun kita ada... tambah lagi
harga Chrome Book bukanlah mahal sangat... Tapi sebab sikap bodoh sombong DAN
tidak berfikiran jauh serta meletakkan kepentingan di tempat yang salah maka
hari ini ramai dikalangan kita kecoh DAN kepoh berkaitan isu pembelajaran
secara maya ini.
Ketidakmampuan golongan miskin untuk akses kepada laptop dan
internet menjadi kekangan dalam sesi pembelajaran secara maya.
Aku tetap salute kepada bekas MB Terengganu Ahmad Said atas
inisiatif ini. Dua orang anak aku dapat e-book ini DAN ianya masih lagi
berfungsi dengan baik sehingga ke hari ini.
Terengganu adalah negeri contoh dalam bab penbelajaran secara
maya ini. Jahanam disebabkan oleh sikap orang bodoh (mostly dari pihak PAS
Terengganu) DAN terlebih politiking.
P/S : YB Satipul Bahri (PAS Dungun) adalah antara yang paling
bising bab sekolah maya ini pada masa itu. Aku xboleh lupa dia punya ceramah
sana sini. Bye the way... aku bukan orang UMNO atau sebagainya tapi aku sebagai
technologist memang respek ngan idea Ahmad Said ni.
Apa yang Hadi Bewok buat masa berkuasa ialah tutup pagar Tadika
Kemas... itu jer kepakaran Hadi Bewok sebagai MB...