Hamdan Taha
Asalamualaikum semua sahabat...semoga
kita di ampunkan dosa oleh Allah dan di jauhkan dari covid 19 terutama bagi
mereka yang telah berumur juga ada penyakit lainnya...
Malam ini saya ingin kongsi sedikit kaji
selidik tentang covid 19 berdasarkan pengalaman beberapa orang yang telah di
jangkiti tetapi berjaya dengan izin Allah melawan covid 19 sehingga mereka
sihat semula. Bekas pesakit covid 19 ini ada penyakit sampingan iaitu kencing
manis dan jantung juga darah tinggi....penting untuk kita ketahui supaya
menjadi pengalaman
Ikut dari sahabat saya ini yang pernah di
jangkiti ketika awal bulan 3 tahun lepas dan dari klauter tabliq. Sahabat saya
ini di kuarantin di hospital sungai buluh bersama ramai lagi yang kena
jangkitan dan umur bercampur campur tetapi yang tertua di kalangan mereka ada
yang 70 tahun...
Semasa di kuarantin jururawat dan para dr
lebih menumpukan kepada penyakit sampingan dari covid 19. Antara sebabnya covid
tidak ada ubat tetapi penyakit lain ada ubatnya. Bagi sahabat saya yang dari
jemaah tabliq kerana di kuarantin kan bersama walaupun ada juga bukan dari
jemaah mereka,jadi mereka secara berjemaah melakukan solat
jemaah,mengaji,berzikir dan saling sabar menyabarkan satu sama lain...sehingga
tempoh tiga hari pertama semuanya telah bersedia semua mungkin...rehdo...sabar
dan tenang...tidak stress memikirkan tentang kematian sahaja....saling bantu
membantu...ini sangat penting dan bermanafaat
Rupanya jika ada kencing manis,darah tinggi
dan sakit lainnya yang merbahaya bukan covid itu boleh menyerang kencing manis
itu sebaliknya ketenangan dan stress itu yang di serang oleh covid. Apabila
terlalu stress dan takut kepada kematian melampau,terlalu memikirkan keadaan
diri...keadaan keluarga di luar dan macam macam fikir akan menyebabkan gula
dalam darah tidak dapat di kawal. Stres boleh menyebabkan gula dalam darah
menjadi 20 ke atas...darah tinggi naik...dan sebagainya....itu yang menyebabkan
pesakit kencing manis lebih mudah kena serangan sesak nafas...ubat kencing
manis sudah tidak berkesan dan boleh menyebabkan koma....sukar di kawal lagi...
Tetapi ramai pesakit yang dapat bertenang dan
sabar dan hilangkan stressnya walaupun di serang sesak nafas tapi mereka dapat
bertahan melawan covid dalam tempoh dua ke tiga hari serangan sesak nafas itu
tampa gula menjadi tinggi mendadak dan darah tinggi terkawal...akhirnya covid
pada hari ke 9 ,10 ke atas mula lemah dan dapat di kalahkan....mereka beransur
sihat semula
Ini yang di ceritakan pada saya oleh para
sahabat yang ada pengalaman....maknanya sesiapa sahaja walaupun dia tak ada
penyakit tiga serangkai semasa di jangkiti masih muda dan sihat tetapi jika dia
stress melampau juga boleh menyebabkan dia bahaya kerana gula dan darah dia
juga boleh naik walaupun dia tak ada kencing manis...masa itu dia juga boleh
kena kencing manis tiba tiba
Covid 19 ini bahaya tetapi kalah dengan
mereka yang kuat dan sabar. Ketenangan yang dapat mengalahkannya....bila sabar
tenang dan tidak stress seluruh intibodi badan akan lawan covid 19. Tetapi jika
tidak berjaya control diri dari ketakutan...dari stress maka intibodi akan
lemah kerana kekuatan badan telah di lemahkan oleh ketakutan...oleh stress dan
ini akan menyebabkan covid berjaya kalah kan manusia.....
Saya hanya sampaikan berdasarkan pengalaman
dan pengamatan rakan rakan yang pernah di jangkiti dan di kuarantin....saya pun
tidak berani nak kata kita mampu mengawal diri kita dari
ketakutan...kebimbangan dan dari stresss...kita juga manusia biasa....tetap ada
ketakutan...tetapi berdasarkan pengalaman sahabat....doa...solat...solat
malam...tahjud...mengaji quran dan zikir dapat melawan virus dan dapat mengawal
diri dari ketakutan dan stess.....
Allahualam....kepada Allah swt lah sahaja
tempat kita bergantung dan berdoa....
Wahai jiwa tenang tenang lah kamu...