MGID

RUU355 | BERAPA HALUS LAGI NAK DIPERHALUSI..??


Hanipa Maidin


 Hanipa gesa Menteri Agama beri penjelasan tentang TH

Sebelum ini, bersekongkol dalam Langkah Sheraton kononnya demi menyelamatkan negara, Melayu dan Islam. Melalak siang DAN malam kononnya Islam tidak selamat di Malaysia.

Pemandu mabuk, arak, judi, kematian Adib semuanya dikatakan mengancam kedudukan Melayu dan Islam.

Setelah menjadi kerajaan TEBUK ATAP, di mana Melayu sekarang? Di mana pula Islam kecuali dtunggang oleh puak berkepentingan. Negara kucar-kacir dek perangai pengkhianat sibuk dengan percaturan politik peribadi.

Kilang tutup, pelabur melarikan diri, rakyat hilang pekerjaan dan negara dalam ‘Darurat Ciptaan’ demi kuasa Muhyiddin dikekalkan walaupun sudah nyata kejatuhannya.

Sekarang, kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Zulkifli Al Bakri bahawa kerajaan sedang memperhalusi RUU 355 sebelum ianya dibentangkan semula ke Dewan Rakyat dipersoalkan DAN ditempelak oleh YB Mohamed Hanipa Maiden.

Ini kerana, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada walaupun ada PAS di dalamnya gagal menyekat kenaikan kekerapan cabutan judi nombor ekor apatah lagi mahu melaksanakan RUU 355, kata bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Pedana Menteri (Undang-undang), YB Mohamed Hanipa Maiden kepada Dr Zulkifli.

 

 Bagi Hanipa, dengan Pas yang sudah berada dalam kerajaan pun gagal untuk menyekat judi nombor ekor dari dinaikkan kekerapan cabutannya dari lapan ke 22 kali, apatah lagi mahu melaksanakan RUU 355 ini.

“Adakah YB harap kami semua nak percaya ke kata-kata YB tentang RUU 355 ini?

“YB pun tak bersedia DAN tak berupaya untuk paling minima kurangkan kekerapan cabutan khas judi nombor ekor jauh sekali nak haramkan terus judi, apatah lagi nak laksanakan RUU 355,” kata Hanipa.

Beliau berkata, berdasarkan kenyataan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu, kerajaan PN yang ada lebih cenderung kepada “tak bersedia dari bersedia”.

“Bila baca kenyataan YB tersebut, nampak macam kenyataan tersebut lebih cenderung kepada tak bersedia dari bersedia.

”Bukankah dalam Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT sekarang ni sudah ada parti PAS dan YB Menteri Undang-Undang juga dari parti PAS yang pernah masa jadi pembangkang dulu bentang untuk sekadar baca sahaja di Parlimen usul RUU persendirian bagi kononnya nak pinda Akta 355.

Bagi beliau, jika sejak Pas bentang usul RUU Persendirian itu hingga sekarang masih di tahap diperhalusi, selama tempoh itu, “pejabat Mufti WP yang diketuai oleh YB sendiri buat apa?”

Sekarang ini, katanya, PAS yang membentangkan usul RUU Pensendirian tu sudah berada dalam kerajaan.

“Masih nak perhalusi lagi ke? Sampai bila nak diperhalusi? Adakah ini hujah “halus” nak bagi pentaksub gembira dan khayal?” tanya Hanipa yang merupakan bekas Peguam Pas itu.

Bagi beliau, jika kerajaan yang ada betul-betul serius dan kata memang sudah bersedia nak bentang pindaan Akta 355, paling kurang Dr Zulkifli sebagai Menteri Agama ada bawa ke Parlimen pada beberapa sidang yang lalu untuk buat bacaan kali pertama.

“YB ada buat ke,” tanya beliau lagi.

Hanipa juga meminta Zulkifli berlaku jujur termasuk dengan memberikan nasihat kepada Perdana Menteri.

 

 


1 comment:

Jsman Tori said...

Elok jadi mufti nak jadi menteri. Dok tau ape setarang abok.

(function() { var d = document, w = window; w

CERITA MATA LEBAM ANWAR ANGKARA TUN/ANWAR DI PUKUL [PIDATO DATUK EZAM GE...