BOB KELANANG
MIC hari ini membidas Menteri Kedah Sanusi Md Nor dan
mencadangkan kepadanya supaya menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan
secara semberono dalam isu cuti peristiwa sambutan Thaipusam pada 28 Januari
ini.
Ini selepas, naib presiden parti itu, T Mohan mendakwa bahawa
kenyataan MB Kedah sebagai tidak tepat khususnya dalam isu melibatkan
masyarakat India.
"Saya minta MB Kedah semak fakta anda. Jangan semberono.
"Dalam isu cuti peristiwa Thaipusam, dia kata bahawa bahawa
cuti peristiwa tidak diberikan di Kedah semasa pemerintahan kerajaan BN.
"Ini salah fakta. Kedah mengumum cuti peristiwa bagi
perayaan Thaipusam sejak 2013, iaitu era BN. Tradisi itu kemudian diikuti oleh
Kerajaan PH pada tahun 2019.
"Jadi, macam mana MB Kedah boleh memberitahu satu maklumat
yang salah kepada umum," katanya kepada Malaysiakini.
Dia berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin PAS itu
sebelum ini bahawa cuti peristiwa sambutan Thaipusam hanya diberikan selepas
kerajaan PH.
Cuti peristiwa sambutan Thaipusam menjadi kontroversi di Kedah
selepas, Sanusi mengumumkan bahawa mengumumkan tiada cuti peristiwa bagi
perayaan Thaipusam di Kedah susulan situasi semasa berkaitan Covid-19.
Ia kemudian mendapat kecaman beberapa pemimpin politik khususnya
menteri sumber manusia yang juga Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, yang
menganggap ia berat sebelah.
"Sebelum ini, dia (Sanusi) juga berkata bahawa dia
berbincang dengan tiga kumpulan Hindu minggu lalu dan dia telah memberi
penjelasan mengenai perkara pembatalan cuti peristiwa.
"Sehingga sekarang, dia tidak mendedahkan siapa tiga
kumpulan itu walaupun sudah dicabar untuk berbuat demikian.
"Lebih memalukan, beberapa NGO telah pun menafikan bahawa
MB Kedah berhubung keputusan tiada cuti peristiwa.
"Saya percaya MB ini jenis suka "tembak" tanpa
menyemak fakta," katanya.
Sementara itu, ketika dihubungi Dewan Himpunan Pendukung PAS
(DHPP) mendesak MB Kedah agar mengkaji semula keputusan membatalkan cuti
peristiwa untuk sambutan Thaipusam.
Pengerusinya, N Balasubramaniam berkata bahawa isu pembatalan
cuti peristiwa sangat sensitif dan perlu dikaji semula.
"Walaupun adalah kuasa MB untuk mengumumkan cuti peristiwa,
saya harap beliau dapat kaji semula keputusan terdahulu.
"Pembatalan cuti jelas memberi satu pandangan negatif
terhadap kerajaan negeri Kedah yang dipimpin oleh PAS," katanya.