MOHD MUKHLIS
Bila Anwar sebut pasal parlimen perlu bersidang, ramai betul
yang mengecam tapi sebenarnya tak faham pun apa implikasi bila parlimen di
prorogue.
Dalam negara demokrasi berparlimen, kita ada pemisahan kuasa
yang terbahagi pada 3 cabang; legistatif (Parlimen), eksekutif (Kerajaan) dan
Perundangan (kehakiman). YDPA itu sendiri terdiri dari cabang legistatif.
Parlimen berfungsi sebagai tempat untuk membuat dasar. Jadi
hanya dalam parlimen kerajaan yang berkuasa kena menjawap segala dasar-dasar
yang mereka umumkan dan di sini pembangkang boleh jadi semak dan imbang.
Kalau saya tanya soalan pada anda, patutkah 150,000 laptop yang
di janji dalam belanjawan 2021 di segerakan?
Tapi kalau saya kata status 150,000 laptop hanya dapat di
ketahui pada Ogos 2021 sebab parlimen di gantung, anda bersetuju tak dengan
tindakan tersebut?
Itu baru tahu status. dapat tak dapat belum cerita. Kalau meraka
tipu, apa nasib anak2 kita?
Jadi adakah anda sedar kepentingan parlimen sekarang dan kenapa
parlimen perlu bersidang dengan segera.
Ingat, 1/3 dari pelajar tak ada peranti elekronik untuk belajar,
itu statistik dari menteri PN sendiri. Sudah hampir setahun berlalu takkan kita
masih hendak status quo? Kalau macam ini, pendidikan hanya untuk orang kaya dan
berkemampuan. Yang miskin akan terus miskin dan tersekat dalam kitaran
kemiskinan yang kejam.
Lagi satu, semalam Menteri pertahanan umumkan PKP di selangor
sampai 4 Feb, jadi kalau sudah ada PKP, apa guna darurat sampai 1 Ogos?
Kalau sudah hilang sokongan kena letak jawatan macam dalam
Perlembagaan Persekutuan perkara 43 fasal 3 and 4 jelas tulis yang Perdana
Menteri yang tidak mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat kena letak
jawatan dan ini termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Fasal 3 juga kata jemaah menteri bertanggungjawab pada parlimen
dan ini yang kerajaan PN tidak buat. Sampai negara jiran pun kata darurat sebab
PM hilang sokongan, mana maruah kita?
Sepatutnya Parlimen perlu lepas untuk bersidang, kalau anak-anak
kita pun boleh belajar secara maya takkan parlimen tak boleh bersidang secara
maya juga?
Lagi satu, kalau peruntukan dewan 35 juta boleh segera, kenapa
peruntukan laptop Menteri semua buat-buat lupa? Yang mana lagi penting, laptop
untuk pembelajaran pelajar miskin atau dewan orang ramai yang tak mustahak
zaman covid? Mana fiqh alawiyat?
Kepada yang kata mereka yang desak sidang parlimen itu gila
kuasa, ketahuilah yang takut untuk bersidang itulah sebenarnya yang isim
berpolitik takut hilang kuasa.
Pemisahan kuasa yang ada dalam negara kita ini untuk mengelakkan
salah guna kuasa macam ini.
Yang lagi sedih kalau mereka yang kemaruk sangat hendak kekal
berkuasa itu competant tak apa juga, berjalan dalam auto-pilot dan clueless,
ini 73 menteri kabinet satu pun tak tahu apa. Umum stimulus PERMAI 15 billion,
yang sebenarnya hanya 2billion, lepas itu i-sinar yang duit rakyat sendiri pun
dia masuk dalam angka nak bagi nampak kembung. Macam karipap inti angin.
Kalau parlimen bersidang, kesemua Menteri tadi boleh rujuk pada
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dan di kenakan tindakan sebab berbohong
dalam dewan yang mulia.
WAllahualam.