“OLEH KERANA PAKAR PERLEMBAGAAN SAHKAN PARLIMEN BOLEH BERSIDANG KETIKA DARURAT, MEMOHONNYA BUKAN BERERTI DERHAKA”


 Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz menyatakan Parlimen boleh bersidang semasa darurat. Beliau berkata demikian dalam satu wacana anjuran FB Sinar Harian.

Beliau turut percaya tindakan melaksanakan darurat ialah untuk mengelakkan ahli politik bercakaran sesama sendiri demi kuasa.

Jika begitu pakar Perlembagaan seperti beliau juga tidak nampak alasan konkrit kenapa darurat perlu disitiharkan kecuali alasan politik.

Beliau beranggapan mungkin darurat perlu diistiharkan kerana ahli politik tidak akur dengan Titah YDP Agong supaya jangan berpolitik.

Memang sukar membendung orang politik main politik. Ini negara demokrasi. Betullah suruh orang politik tidak berpolitik seperti suruh pemain bola jangan bermain bola.

Yang penting jangan merusuh dan buat demonstrasi jalanan macam “BERSIH 1-5”. Ketika itu Tun M dan Muhyiddin juga pakai baju kuning.

Siapa kata Muhyiddin tidak politiking. Langkah Sheraton sehingga dia dilantik sebagai PM ke 8 penuh dengan drama politik. Negara sudah pun dilanda pandemik COVID-19 ketika itu.

Sementara itu, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor dari UKM menyatakan banyak juga negara lain mengistihar darurat.

Tetapi mereka tidak menggantung Kongres seperti di USA dan Parlimen di UK. Bahkan pada hari ini ada terma persidangan jarak jauh.

Justeru memohon perkenan YDP Agung memanggil sidang khas Parlimen bukan pendrhakaan seperti mana kata Annuar Musa.

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO

23 Januari 2021.



No comments: