Ada seperkara yg kami nak tanya pada Ketua Polis Johor sdra Ayub
Khan Mydin Pitchay berkenaan seorang perempuan yang didenda RM1,000 kerana
tidak memakai pelitup muka ketika mengeluarkan anaknya dari kereta.
"Sdra menyatakan siasatan dilakukan mendapati semasa
kejadian, ramai pengunjung yang mengunjungi kedai dan premis yang berhampiran
kawasan tersebut. Ketika itu, bersama individu berusia 29 tahun itu ialah
seorang wanita yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka."
Hat ini yg paling menarik dari ungkapan sdra, "Kenyataan
individu ini menyatakan di kawasan tersebut tiada orang dan tiada kesesakan
adalah tidak benar sama sekali".
Untuk pemerhatian dan maklumat sdra, pada 15 Disember 2020 sdra
menteri kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata "pelitup
muka tidak wajib jika individu itu hanya berseorangan atau bukan di tempat
sesak".
Berdasarkan video di sini, apakah anggota polis yg berada di
lokasi berbohong demi saman yg di keluarkan pada wanita tersebut ?
Ini kes ketiga setelah isu gadis di rogol dalam lokap. Sudahlah
negara hilang mata pencarian, isu pencarian nafkah rakyat & tekanan rakyat
yg berniaga di luar sana, masalah ekonomi yg terlalu besar untuk di hadap, isu
darurat, keyakinan antarabangsa utk melabur di Malaysia yg hilang, di tambah
lagi dengan penipuan secara jelas yg di nafikan dalam video ini... semuanya
menyesakkan!
Masalah yg sebeginilah membuatkan rakyat kini rata-ratanya
semakin tidak menghormati institusi keselamatan.
Minta sdra ketua polis Johor jawab isu ini segera.
Mempertahankan anggota yg akhirnya terbongkar kemaluan menerusi video di sini,
ia membusukkan lagi nama PDRM itu sendiri. Ini baru satu kes di paparkan,
banyak lagi yg rakyat pendamkan di luar sana.
Itu tidak termasuk lagi seorang budak lelaki yg bekerja ambil
upah di restoran di saman RM1000 ketika sedang mengemas susun kerusi meja di
mana ayahnya baru meninggal manakala ibunya sdg berada dalam rawatan di
hospital.
Sekiranya rakyat dah semakin meluap kemarahan kelak, tidak
mustahil saman RM1000 ke atas rakyat tersebut di balas kepada saman balas RM1
juta setiap satunya isu kecuaian & salahgunakuasa semasa bertugas kepada
agensi penguatkuasa & kerajaan. Maka bayangkan jika 33 juta rakyat Malaysia
semakin muak & mual akan hal sebegini... cuba teka apa akan berlaku.
Nukilan karya di sini bukan untuk mempertikai &
memperlekehkan agensi keselamatan yg kita ada. Dari perlu hadap masalah tidak
terduga di masa akan datang, eloklah perbaiki mana2 kelemahan yg ada.
Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.