Panas! Pemimpin PKR ‘sekolahkan’ MB Keda

 


Panas! Pemimpin PKR ‘sekolahkan’ MB Kedah

Panas! Pemimpin PKR ‘sekolahkan’ MB Kedah

Naib Presiden PKR, Datuk Xavier Jayakumar mendesak Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor segera meletakkan jawatan dan mendakwa pemimpin berkenaan tidak layak menerajui pentadbiran negeri itu.

Xavier yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata, daripada isu pembalakan di Ulu Muda, pelombongan nadir bumi, pembelian kereta mewah ketika negara dilanda pandemik, kini Sanusi menunjukkan wajah sebenar kepada rakyat Malaysia apabila bertindak membatalkan cuti peristiwa sempena Thaipusam.

Beliau turut membangkitkan persoalan adakah keputusan tersebut melambangkan prinsip Pas untuk semua atau mahu menunjukkan kuasa apabila Menteri Besar itu memaklumkan keputusan yang sama akan dilaksanakan bagi perayaan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Katanya, keputusan membatalkan cuti perayaan Thaipusam itu amat mengejutkan dan tidak pernah dibuat oleh kerajaan sebelum ini walaupun negara berdepan dnegan pandemik pada tahun lalu.

“Batalkan cuti umum hanya kerana masyarakat Hindu tidak ke kuil untuk Thaipusam adalah sesuatu yang langsung tidak boleh di terima sama sekali.

“Tindakan ini juga tidak lebih daripada membuktikan betapa kerajaan negeri diterajui oleh Pas ini angkuh, tidak sensitif dengan agama serta kepercayaan orang lain.

“Tahun lepas tidak ada apa-apa cuti umum yang dibatalkan kerana pandemik, jadi apakah yang cuba dilakukan oleh Menteri Besar Kedah ini?

“Nampak sangat Menteri Besar Kedah tidak faham apakah maksud Thaipusam yang sebenarnya, ini bukan sahaja sekadar perarakan dan berkumpul beramai-ramai di kuil sebaliknya Thaipusam juga adalah upacara sembahyang untuk Dewa Muruga.

“Ianya juga boleh dilaksanakan dalam rumah sama seperti Hari Raya Aidilfitri,” tulisnya dalam laman sosial Facebooknya.

Semalam Muhammad Sanusi mengumumkan tidak akan ada cuti umum untuk Thaipusam di negeri Kedah pada tahun ini, kerana semua aktiviti pada perayaan tersebut telah dibatalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Xavier dalam nada provokasi mempersoalkan apakah sebenarnya niat Muhammad Sanusi membatalkan cuti umum Thaipusam.

“Adakah ini kerana masyarakat India di negara ini adalah minoriti?

“Saya ingin ingatkan anda, ini adalah negara majmuk yang rakyatnya berbilang kaum dan bangsa. Pastinya tindak tanduk ‘xenophobic’ seperti ini tidak akan dikompromi,” tegasnya.