MGID

APA PLAN UNTUK RAKYAT..?


Bob Kelanang



Rakyat sedang tertekan sekarang nih... pada PKP 1.0 ... mungkin kesannya tidak begitu mendesak... betul... sebab masa tu ramai juga yang masih ader simpanan... ramai juga yang masih mampu untuk bertahan disebabkan adalah sedikit modal dalam tangan... 


Tapi...


Selepas ianya berpanjangan sekian lama... yang mana M40 pun dah boleh jatuh kepada B40... yang B40... dah jadi tak ketahuan la... tambah lagi PKP 2.0 ni yang ditambah dengan darurat bagai la plak...


Duit dah takder dalam poket... yang ada selama ini digunakan untuk membayar itu ini... kerja banyak yang sangkut... job dan kontrak takder... malah nak berniaga online pun penuh dengan masalah...  bukan sahaja tiada kepakaran... tetapi lebih kepada bersaing benda yang sama...


Apa pilihan yang ader... mostly ramai yang berniaga makanan... tapi... kalu semua orang berniaga makanan... siapa pula yang hendak membeli... hidup ini bukan sebab makan semata-mata tapi lebih kepada saling pergantungan kepada industri lain... saling berhubungan...


Setakat ini xder betul-betul plan untuk rakyat... moratorium bank pun ada "catch"nyer...


Tadi aku sengaja pi jumpa bank... sajer tanya tentang moratorium di bank XXXXXX... diorang kata boleh buat moratorium... 3 bulan + Refinancing Loan... Maknanya... boleh buat moratorium... tetapi perlu menandatangani surat setuju terima refinance...


Contoh... katakan la aku ada 6 tahun lagi untuk settlement kereta... sekitar RM73 ribu dan sekitar 2.73% interest fees... di mana aku bayar sebulan dalam RM1061... kalau aku nak amik program moratorium PKP 2.0 ni... aku akan dapat moratorium sampai bulan 4 (April 2021)... tapi aku kena tukar loan aku untuk refinance services... boleh tambah sampai 9 tahun di mana aku kena bayar RM985 sebulan pada kadar interest 2.81%... kalau nak murah... boleh buat sampai 12 tahun di mana bulanan jadi RM695 dan interest 2.85%


Aku gelak jer...  macam ni permainan bank... 


KOH KOH KOH...


By the way... bank beroperasi macam biasa semasa PKP 2.0... dan reposessor kenderaan akan beroperasi macam biasa... kalau bank nak tarik kenderaan atau sita rumah dan sebagainya masa PKP 2.0 dan Darurat nih... xder isu legal pun... semua tindakan bank adalah valid...


Aku rasa ramai yang terkena dalam terpaksa.... dengan xder plan jangka masa panjang dari Kerajaan... memang akan kena main jer bab moratorium nih... memang kena taji elok-elok...


Bayangkan berapa ramai yang akan menjadi mangsa kerakusan bank... PM dan Kerajaan Malaysia ader pandang ke benda ni?? 


Adoilah...


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

HARGAI MASYARAT PELBAGAI KAUM..IANYA ADA DALAM PKR

  NORMAN RADZUAN Jika kau berhimpun berdiri seperti di gambar dgn parti2 lain samada UMNO, PAS, Amanah, MCA, MIC, Bersatu dan lain2 parti ka...