LOKAP HARUS ADA SEDIKIT SIKAP KEMANUSIAAN.WALAU ITU ADALAH TEMPAT PENGAJARAN BAGI MANUSIA


Image may contain: 1 person


BOB KELANANG


BETAPA TERUKNYA SISTEM LOKAP MALAYSIA

Ianya adalah satu rahsia terbuka (open secret) bila mana kita menceritakan tentang keberadaan lokap di balai-balai Polis Malaysia...

Sama ada dari segi kebersihan itu satu hal lah juga... yang memang boleh dikatakan kurang tahap kemanusiannya... tapi juga dari segi kemudahan asas dan jugak keselamatan tahanan... kita faham kebanyakan Balai Polis di Malaysia sebenarnya agak uzur... ada yang telah dibina sebelum Merdeka... cukup banyak sebenarnya...

Kita cuma gunakan apa yang ada... dengan peruntukan yang cukup terhad... jadi usah katalah nak berikan satu keadaan lokap yang bersifat kemanusiaan...

Namun itu sepatutnya tidaklah menjadikan alasan untuk tidak bersifat kemanusiaan...

Bukan semua suspek yang ditahan dilokap adalah seorang pesalah... urusan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak itu bukan urusan Polis... Itu urusan Mahkamah... jadi sementara seseorang itu belum didakwa di Mahkamah dan disabitkan hukuman... mereka ditahan dilokap... dan ini tidak menjadikan mereka tidak berhak untuk mendapat layanan bersifat kemanusiaan...

Banyak kes kecelakaan di dalam tahanan lokap yang kita dengar selama ini... ada yang katanya mati akibat menggantung diri... ada yang disebabkan paru-paru berair... ader yang disebabkan pukulan objek tumpul (blunt object)... malah ader kes baru-baru ini sampaikan ader tahanan lokap yang dirogol oleh tahanan yang lain...

CCTV yang ader di banyak lokap biasanya hanya sekadar untuk pemantauan tahanan sahaja... dan bukannya ada kemudahan merekod... pelik tapi benar... sedangkan benda yang sama boleh sahaja diaktifkan untuk kemudahan merekod... kebanyakan CCTV di lokap hanya capture video di kawasan pintu dan laluan keluar masuk lokap sahaja... dan bukannya di dalam lokap itu sendiri...

Dalam kes tahanan lelaki merogol tahanan perempuan di lokap... ini memang agak menyedihkan kalau kita mendasarkan kes ikut affidavit tahan perempuan tersebut... bagaimana tahanan lelaki boleh lolos keluar masuk sel lokapnya (dengan kunci ada ditangan) dan boleh masuk ke lokap tahanan perempuan yang berkunci kemas...

Something fishy about this incident... betul... sesuatu yang pelik... macam ada salahlaku penugasan di lokap yang dilakukan oleh anggota Polis yang ditugaskan untuk mengawal lokap tersebut... aku tidaklah mahu nak menuduh... tapi aku rasa ada banyak yang tak kena... mungkin ada pihak yang sengaja menyuruh tahanan lelaki tersebut untuk merogol tahanan perempuan tersebut sebagai balas dendam atau sebagai peringatan kepadanya...

Sori... aku tak nak tuduh... tapi luorang sendiri pun boleh agak kan... huhuhuhuuuu, jilaker!!