KURANGKAN DULU BERCAKAP SOAL PEMOTONGAN SUBSIDI LETRIK. SEDIAKAN ALTERNATIF SOLAR DENGAN LEBIH MAMPU DI MILIKI.



Ok. Ini baru tindakan yang betul. Kalau kerajaan nak kurangkan penggunaan elektrik sekali gus kawal subsidi, solar adalah jawapannya.


Tapi pada waktu ini kos untuk solar adalah terlalu tinggi. Ramai yang tak mampu. Kebanyakan vendor berikan kemudahan bayaran ansuran.


Bayar ansuran bererti komitmen bulanan juga akan bertambah dan ansurannya juga tidak murah, lebih kurang bulanan Perodua Bezza juga.


Sebab itu ia kurang mendapat sambutan. Sekiranya kos dapat dikawal, mungkin dengan pengurangan cukai import dan sebagainya, ia dapat turunkan kos pemasangan sekali gus menggalakkan rakyat untuk beralih kepada penggunaan solar.


Solar mampu mengurangkan beban TNB yang pada ketika ini hampir tak mampu memenuhi permintaan pasaran. Jadi langkah ini sangat bertepatan.


Aku harap kerajaan dapat kurangkan bercakap soal pemotongan subsidi pada masa ini kerana ia boleh menimbulkan keresahan rakyat.


Lebih utama tumpukan hal seperti ini dahulu. Bila semua sudah siap termasuk klasifikasi semula T20, barulah boleh cakap soal pengurangan subsidi dan rasanya tak banyak bantahan waktu itu. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.