PUNCA SEBENAR KENAPA KU LI KECEWA IALAH UMMNO TAK ADA TELOR. MASIH BEKERJASAMA DENGAN BERSATU.

 


Ku Li kecewa Umno masih kerjasama dengan Bersatu, langgar keputusan PAU


SETIAUSAHA Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub, berkata peletakan jawatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Umno berkait dengan Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang tidak memberi sebarang garis panduan kepada jawatannya untuk bertindak dan berfungsi.

Beliau berkata, Tengku Razaleigh meletakkan jawatan berkenaan kerana alasannya kecewa dengan parti yang tidak melaksanakan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 untuk menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Walaupun jawatan itu tidak berperlembagaan tetapi ianya satu penghormatan. Setahu saya Ku Li telah melantik beberapa ahli dalam lembaga itu.

“Saya juga tahu mereka pernah mengadakan mesyuarat. Ku Li pernah memberitahu saya bahawa MT tidak memberi sebarang garis panduan kepada lembaga itu untuk bertindak dan berfungsi.

“Jadi, mungkin kerana itu juga dia meletak jawatan,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gua Musang itu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Umno berkuat kuasa Isnin lalu.

Beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan kepimpinan Umno yang merestui pelantikan Kabinet daripada anggota kerajaan yang gagal sebelum ini.

No comments: