SAMPAI BILA PAS NAK ISTIQAMAH MENGARUT?

 

1. Apabila YB Senator Menteri Kewangan Gomen Tebuk Atap Gagal 2.0 secara terang mengesahkan gomen gagal depa memberi kebenaran kepada semua sykt ramalan utk melaksanakan 22 cabutan khas sepanjang 2021,nampaknya yang benar-benar tertekan adalah parti ehem.

Umno dan Bersatu- walau dikira parti melayu/ islam nampak steady je. Tak nampak any sign pun nak bela parti ehem yang sedang teruk ‘digulai’

2. Umno dan Bersatu seolah-olah mahu Menteri dan Timbalan Menteri Agama parti ehem khususnya menjawab isu tersebut. Tapi setakat ni saya tak nampak mereka menjawab.

YB Duta Khas yg juga presiden parti depa pun senyap.YB Menteri MEWA yg juga Timbalan Presiden parti ehem juga kunci mulut. Ketua Dewan Ulama parti tu yg kini jadi Timbalan Menteri pun x bersuara.

3. Dalam perbahasan titah DiRaja ada beberapa MP parti ehem memulakan perbahasan depa dengan baca ayat Al-Quran. Antaranya mantan YB yg jaga kelapa sawit.

Tapi bukan baca ayat haram judi. Ayat lain.

4. Tup tup PJ Perak parti ehem bersuara. Ok ke? Jawabnya KO. Berjaya bela parti ehem? Jawabnya berjaya tapi berjaya makin memualkan orang pada parti itu.

5. Dalam Mkini beliau dilapor berkata ” saya percaya keputusan ini bukan dibuat oleh pihak PAS kerana PAS tidak berkuasa penuh dalam Kerajaan.. ”

6. Ya, betul parti ehem tidak berkuasa penuh dalam Gomen Tebuk Atap. Parti lain spt Umno dan Bersatu pun, jika dia lupa, pun tak berkuasa penuh dalam Gomen tu.

Cuma pemimpin mereka pun tahu mereka tak akan sama sekali berani guna hujah ” bola lambung” free tu! Hanya parti ehem yang berani. Tabik lah.

7. Saya rasa anak bongsu saya pun insyaAllah boleh dengan mudah jawab hujah PJ Perak tu. Oleh kerana anak saya tu minat bola dan peminat Manchester City, dia faham konsep tanggungjawab bersama dalam team bola bila team depa menang atau kalah. Tapi awal awal dia akan respond pada hujah tu ” OMG, what the heck? ”

8. Saya tak pasti PJ Perak tahu atau faham tidak ilmu asas dalam kabinet iaitu konsep “collective responsibility”. Saya assume dia faham cuma dia terlupa kot.

Anyway,good try YB but very very poor delivery !

7. Telah byk bukti parti ehem makin mengarut. Cuma x pasti sampai tahap mana depa akan terus istiqamah mengarut tu?

MOHD HANIPA MAIDIN

Ahli Parlimen Sepang.

No comments: