NORMAN RADUZUAN
UMNO mudah rampas Kelantan dan Terengganu
'MEREKA YG MEMBENARKAN JUDI MUSUH ALLAH'
Terlalu byk kemunafikan, u turn, cakap tak serupa bikin, flip flop, dalil, dalih... saya sarankan kpd mereka yg sering membuat editing kata2 DULU dan SEKARANG ucapan pemimpin2 PAS tolong kumpul dan bukukan.
Menjelang PRU nanti edarkan secara percuma. Biar ahli dan dan penyokong Pas sedar mereka tertipu. Biar mereka sedar kata2 pemimpin mereka dgn menggunakan ayat Allah dan hadis2 Nabi hanya utk keuntungan politik atau omong2 kosong sahaja.
Terlalu byk penipuan/kemunafikan yg sebenarnya jika UMNO bijak dgn bersatu kembali antara pemimpinnya, mereka dgn mudah mampu merampas kerajaan Kelantan buat sekian kalinya sejak terlepas pada 1990. Terengganu juga dgn mudah UMNO kembali menjadi kerajaan (isu yg lain saya akn detailkan mengenainya).
Dari maklumat yg diterima pengundi atas pagar atau penyokong PAS mula meragui parti tersebut dari satu ke satu isu yg membuatkan mereka rasa tertipu. Alasan Pas tidak mempunyai kuasa hanya sekadar alasan kerana mereka kecewa tiada pemimpin Pas membantah.
Ada pemimpin Pas bersetuju Genting Highland dibuka di mana di situ terletak pusat perjudian terbesar negara. Pas tidak membantah kedai nombor ekor dan kilang arak kembali beroperasi... jadi apa yg Pas lakukan? Sdgkan kata Presidennya mereka yg membenarkan judi adalah musuh Allah.
Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai Pas kerana sudah terlalu byk penulis2 bercerita saban hari kemunafikan mereka. Mereka menjadi bisu...
Tergadai jihad, tergadai prinsip dan tergadailah maruah. Buat mereka di atas pagar nilaikan sendiri kata Tuan Presiden ini. Apa dalih anda?