Apa Sebabnya Tuanku Muhriz Murka Terhadap Ismail Lasim?

 

IMG_8434

Foto bersejarah buat kesekian kali, Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim di Masjid Karah Beting, Kuala Pilah pada 16 Oktober 2026. Foto Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah

PENDAPAT, 18 Okt – Selepas satu negara kecoh apabila Tuanku Muhriz menegur keras Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, di hadapan orang ramai. Rakaman yang tular itu memperlihatkan baginda begitu murka sehingga mengarahkan MB beredar.

Tapi jangan tengok babak MB kena marah sahaja. Kena tengok juga apa yang berlaku sebelum itu.

Tuanku Muhriz sendiri mendedahkan bahawa Ismail telah menulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyatakan keputusan beliau bersama Exco adalah sah dan baginda bukan lagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Itu isu pokok yang mencetuskan kemurkaan baginda.

Siapakah dalang di sebalik tentera siber menyerang Tuanku Muhriz selepas baginda murka terhadap Ismail Lasim di Kuala Pilah pada 16 Oktober 2026?

Selepas rakaman tersebut tular, muncul pula sederet akaun Threads yang mempertahankan MB. Menariknya, ada akaun yang cuma mempunyai 0, 1, 2 atau 4 pengikut sahaja!

Lebih menarik, naratif mereka hampir serupa. MB digambarkan tenang, sabar dan penuh hormat. Sebaliknya, tindakan Tuanku Muhriz yang menaikkan suara dipersoalkan. Seolah-olah perkara paling besar dalam krisis ini ialah MB kena marah depan orang ramai.

Banyak tangkap layar yang dikongsikan memperlihatkan persamaan mesej yang cukup ketara. Akaun-akaun ini dikendalikan secara tersusun menggunakan bot.

Antara akaun-akaun palsu dijana ‘bot’ yang hanya mempunyai 1 hingga 4 pengikut menyerang Tuanku Muhriz di media sosial Threads pada 16 Oktober 2026.

Persamaan naratif dan jumlah pengikut yang terlalu kecil memang mengundang persoalan.

Yang peliknya, isu asal tentang kedudukan Tuanku Muhriz dan tindakan pentadbiran negeri seakan-akan tenggelam apabila perhatian dialihkan kepada simpati terhadap MB.

Kalau benar mahu mempertahankan MB, jawab dahulu isu surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja itu. Apakah asas keputusan yang dibuat bersama Exco? Mengapa Tuanku Muhriz mempertikaikannya? Persoalan itu jauh lebih penting daripada siapa yang kelihatan tenang dalam video.

Contoh ketiga-tiga akaun ‘bot’ yang dibuka pada tarikh serentak pada 30 September 2026 dipercayai bertujuan menyerang Tuanku Muhriz selepas murka terhadap Ismail Lasim pada 16 Oktober 2026.

Simpati kepada MB boleh dibincangkan. Tetapi krisis institusi diraja Negeri Sembilan tidak akan selesai hanya dengan mengulang cerita bahawa MB seorang yang sabar. Rakyat berhak mendapat jawapan tentang tindakan yang mencetuskan kemelut ini sejak awal.

Oleh Ahmad Mursi





No comments: