Bukan calang-calang nasib Dr Sam ni. Orang lain pergi interview kerja, tunggu keputusan daripada majikan. Dr Sam belum pun diumumkan sebagai calon PM, tetapi penyokong dah sibuk buat promosi macam surat tawaran kerja sudah keluar! 🤣
Hari itu Dr Sam bangun membahaskan Bajet 2027 di Parlimen. Bukan main bersemangat. Teks dibaca dengan penuh penghayatan. Setiap muka surat diberi perhatian. Kalau kertas A4 itu boleh bercakap, mungkin dia sendiri minta cuti selepas habis sesi.
Penyokong pun teruja. Cytro Al-Fateh mula bekerja, Gambar Dr Sam dipilih, video disunting, kapsyen disiapkan. Ada yang mungkin sudah membayangkan beliau sedang melangkah masuk ke pejabat Perdana Menteri.
Tiba-tiba Syahir kata PAS belum sampai masa nak umum calon PM.
Alamak. Interview belum tentu lulus, tetapi orang luar dah sibuk tempah kek sambutan hari pertama masuk kerja! 😂
Bayangkan seorang pemohon kerja baru keluar dari bilik temu duga. Belum sempat panel bermesyuarat, kawan-kawan dah sambut dengan bunga manggar.
Sekali pegawai HR keluar beritahu, "Kami masih dalam proses pemilihan."
Yang pegang kompang terus senyap.
Yang bawa bunga telur perlahan-lahan masuk balik dalam kereta.
Yang dah tempah banner pula telefon kedai printing, tanya boleh tukar ayat tak.
Daripada "TAHNIAH PERDANA MENTERI" kepada "SEMOGA BERJAYA DALAM TEMU DUGA SETERUSNYA". 🤣🤣
Tapi Dr Sam mungkin kena cepat sikit. Maklumlah, dalam sembang politik sekarang, ada pula yang melontarkan nama Zahid sebagai PM dan Hamzah sebagai TPM. Siap ada yang kata gandingan itu lebih mantap.
Ini bukan pengumuman rasmi, tetapi bayangkanlah kalau Dr Sam terdengar cerita itu.
Beliau baru selesai membaca teks untuk sesi interview, tiba-tiba dapat tahu ada calon lain yang kononnya sudah siap datang berpasangan!
Seorang mohon jawatan PM, seorang lagi terus mohon jawatan TPM. Pakej kombo. Macam promosi beli satu percuma satu, cuma kali ini kedua-duanya mahu kerusi sendiri. 🤣
Dr Sam datang seorang diri dengan teks perbahasan. Zahid dan Hamzah pula sudah dijadikan bahan sembang sebagai satu pasukan.
Belum tahu siapa benar-benar akan bertanding untuk jawatan apa, tetapi dalam dunia imaginasi politik, nampaknya proses temu duga pun sudah ada kategori perseorangan dan beregu.
Saya cadangkan cytro Al-Fateh jangan buang dulu semua poster. Simpan elok-elok. Mana tahu boleh digunakan kemudian.
Cuma jangan cetak terlalu banyak. Takut nanti kena tambah satu perkataan kecil di bawah gambar Dr Sam.
"CALON PM — TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN PIHAK PENGURUSAN." 😭🤣
Dan kalau cerita Zahid–Hamzah itu makin rancak, mungkin pasukan media Dr Sam perlu menambah satu lagi ayat dalam poster.
"PERMOHONAN MASIH DIBUKA. CALON DIGALAKKAN MEMBAWA RAKAN SEPASUKAN."
Kasihan juga Dr Sam. Baru nak membuktikan kelayakan dalam sesi interview, orang sudah mula bercerita tentang calon lain yang datang lengkap dengan timbalan.
DR SAM BARU HABIS INTERVIEW, SYAHIR KATA BELUM MASA PILIH CALON. DI LUAR PULA ORANG DAH SEMBANG PAKEJ ZAHID–HAMZAH! 🤣🤣🤣
#nadidaily

No comments:
Post a Comment