Najib kena denda RM50 juta, rakyat pula diajak menghulurkan derma? Haa, yang ini memang mengundang persoalan!
Seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit, mencuri perhatian apabila lantang mempersoalkan tindakan mengumpul derma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membayar denda.
Dalam sesi dialog yang turut melibatkan Khairy Jamaluddin (KJ) dan Onn Hafiz Ghazi, Ummi membangkitkan persoalan mengenai kewajaran kutipan tersebut ketika negara masih berdepan kesan skandal 1MDB.
Rakyat biasa kalau kena denda, kena cari duit sendiri. Bila bekas pemimpin kena denda, siap ada yang mahu hulur derma! Itulah persoalan yang dibangkitkan mahasiswa berkenaan.
Bukan soal menghalang sesiapa menderma, tetapi soal keutamaan dan tanggungjawab. Skandal 1MDB sudah memberi kesan besar kepada negara. Jadi, tidak hairanlah apabila kutipan derma untuk membantu membayar denda Najib mengundang kritikan.
Pada pandangan korang, wajar ke rakyat mengumpul derma untuk membayar denda seorang bekas Perdana Menteri?

No comments:
Post a Comment