Orang BN, khasnya walajib, selalu rasa hebat πŸ˜€πŸ˜€

Fathi Aris Omar










 

Orang BN, khasnya walajib, selalu rasa hebat πŸ˜€πŸ˜€ 


Tidak semak data dan trend. Mereka nampak buruk kerajaan semasa. Lupa sejarah dan latar ekonomi. 


Tengok sendiri di mana kehebatan kau orang πŸ‘‡ 


Instiitut Kajian Khazanah menyebut: 


Sepanjang tiga dekad, pertumbuhan pendapatan isi rumah Malaysia semakin perlahan. 


Walaupun pertumbuhan semasa dekad terakhir lebih cepat berbanding zaman 2000-an, ia lebih perlahan daripada zaman 1990-an menjelang Krisis Kewangan Asia (AFC) 1997.


Tengok graf 1, 2 dan 3 πŸ‘‡


Kau tengok pula kajian kenaikan upah/gaji dalam tempoh 24 tahun, dari 1995 hingga 2019. 


Kumpulan buruh: 


10 peratus terbawah - naik RM33 setahun ** 

Median - naik RM90 setahun 

20 peratus teratas - naik RM210 setahun 


** isi rumah ini tidak cukup belanja, terpaksa berhutang RM250 sebulan. 


Baca keterangan di bawah graf 4 πŸ‘‡ Kajian KRI berdasarkan data-data awal DOSM.


Kau tengok graf-graf dalam imej 5 πŸ‘‡Berapa banyak hutang berlonggok sejak krisis 1997. 


Nampak? Belum masuk rasuah dan hutang 1MDB, berhutang semata-mata untuk dilarikan. πŸ‘‡ Bukan hutang untuk projek pembangunan tapi rasuah.


(Belum ambil kira rasuah, skandal, politik wang dan kronisme zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi)


Memang ada pembangunan. Ya. Memang ada kemajuan ekonomi. Tetapi rakyat sengsara. Dasar rkonomi buruh murah zaman BN rosakkan negara. 


Pendapatan buruh bawah kita dan kelas menengah bergerak naik terlalu perlahan. Tapi kos sara hidup sentiasa meningkat laju. 


Yang itu maksudnya. Sekarang pengganti BN berpulas-pulas hendak atas dasar lama BN ini. 


Tengok tempoh pentadbiran masing-masing: 


BN - 61 tahun (728 bulan) 

PH 1.0 (+ Bersatu) - 22 bulan 

PN (+ PAS) - 18 bulan ** 

BN (+ PN) - 14 bulan 

PH 2.0 - 46 bulan **


** BN sertai kerajaan ini 


Jadi BN perlu sedar diri dan bertanggungjawa baik buruk yang menimpa Malaysia. Bukan hanya rasuah, ketirisan dan pembaziran. 


Tetapi juga kesilapan dasar ekonomi, campur tangan badan kehakiman, pencabulan hak asasi dan juga sistem pilihan raya senget sebelah.






No comments: