Selepas satu negara kecoh apabila Tuanku Muhriz menegur keras Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, di hadapan orang ramai. Rakaman yang tular itu memperlihatkan baginda begitu murka sehingga mengarahkan MB beredar.
Tapi jangan tengok babak MB kena marah sahaja. Kena tengok juga apa yang berlaku sebelum itu.
Tuanku Muhriz sendiri mendedahkan bahawa Ismail telah menulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyatakan keputusan beliau bersama Exco adalah sah dan baginda bukan lagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Itu isu pokok yang mencetuskan kemurkaan baginda.
Selepas rakaman tersebut tular, muncul pula sederet akaun Threads yang mempertahankan MB. Menariknya, ada akaun yang cuma mempunyai 0, 1, 2 atau 4 pengikut sahaja!
Lebih menarik, naratif mereka hampir serupa. MB digambarkan tenang, sabar dan penuh hormat. Sebaliknya, tindakan Tuanku Muhriz yang menaikkan suara dipersoalkan. Seolah-olah perkara paling besar dalam krisis ini ialah MB kena marah depan orang ramai.
Banyak tangkap layar yang dikongsikan memperlihatkan persamaan mesej yang cukup ketara. Akaun-akaun ini dikendalikan secara tersusun menggunakan bot.
Persamaan naratif dan jumlah pengikut yang terlalu kecil memang mengundang persoalan.
Yang peliknya, isu asal tentang kedudukan Tuanku Muhriz dan tindakan pentadbiran negeri seakan-akan tenggelam apabila perhatian dialihkan kepada simpati terhadap MB.
Kalau benar mahu mempertahankan MB, jawab dahulu isu surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja itu. Apakah asas keputusan yang dibuat bersama Exco? Mengapa Tuanku Muhriz mempertikaikannya? Persoalan itu jauh lebih penting daripada siapa yang kelihatan tenang dalam video.
Simpati kepada MB boleh dibincangkan. Tetapi krisis institusi diraja Negeri Sembilan tidak akan selesai hanya dengan mengulang cerita bahawa MB seorang yang sabar. Rakyat berhak mendapat jawapan tentang tindakan yang mencetuskan kemelut ini sejak awal.

No comments:
Post a Comment