KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NASIONAL



14 Januari 2024


Kenyataan rasis Dr Mahathir perlu disiasat kerana menghina kesetiaan terhadap Raja-raja Melayu


1. Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memohon ampun daripada rakyat Malaysia berbangsa India atas kenyataan terbarunya yang tidak melambangkan kelakuan seorang negarawan. Dr Mahathir has stooped to a new low.


2. Dr Mahathir seharusnya disiasat bawah undang-undang jenayah berikutan kenyataannya di media asing yang mendakwa rakyat Malaysia berbangsa India tidak setia sepenuhnya kepada Malaysia. Ini umpama mencurigai taat setia 2 juta rakyat negara ini terhadap Raja-raja Melayu. This is an incitement of hate.


3. Ia juga satu penghinaan terhadap rakyat Malaysia berbangsa India yang telah menyumbang keringat sebagai anggota tentera dan polis, guru dan di dalam pelbagai sektor lain untuk berdekad lamanya. Apakah Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau pernah menjadi Perdana Menteri untuk lebih 20 tahun atas undi kaum India?


4. Dalam konteks Malaysia MADANI hari ini, tidak ada ruang untuk individu rasis umpama parasit yang merapuhkan perpaduan negara. Saya musykil mengapa tidak ada seorang pun ahli politik Perikatan Nasional tampil mengkritik kenyataan rasis Dr Mahathir.


5. Adakah Perikatan Nasional juga rasis dan berasa rakyat Malaysia berbangsa India tidak taat setia kepada ibu pertiwi kita?


AMMAR ATAN

Naib Ketua Pemuda

Pemuda Amanah Nasional


#PemudaAMANAH

#PartiAmanahNegara

#AMANAH #AmanahProgresifPeduli #KerajaanMADANI #MalaysiaBersamaPalestin



No comments: