SUSU PERCUMA NILOFA EXPIRED ?

 

Kecoh! Netizen bengang Susu Nilofa yang diberi percuma dah nak expired?


Salah satu perniagaannya yang dikenali ramai adalah Nilofa iaitu produk yang menjual susu minuman yang mula dikenali sekitar tahun 2019.

Terdapat beberapa perisa yang dikeluarkan oleh beliau seperti pisang, durian, kurma dan pelbagai lagi.


Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh di media sosial memaparkan beberapa buah kereta sedang beratur panjang di gudang Nilofa yang terletak di Meru, Klang dan difahamkan, sesiapa saja boleh mengambil susu berperisa durian secara percuma.

Namun, apabila meninjau di setiap ruangan komen hantaran yang memaparkan video terbabit, ada yang memberitahu sebab susu tersebut dibenarkan untuk ambil secara percuma berkotak-kotak kerana sudah menghampiri tarikh luputnya.

komen tentang susu Nilofa

Dalam pada itu, ada juga yang memberitahu susu terbabit boleh didapati secara atas talian dan hanya perlu membayar caj penghantaran sahaja.

No comments: