“Hari ini peperiksaan Pendidikan Islam, saya cuak sangat ni. Abah cakap nak bantai saya kalau tak lulus.” Perkongsian Hafizah ini membuatkan saya teringat dan berkongsi detik-detik saya melalui SPM dulu. Takut juga masa tunggu result.
Masa kat sekolah dulu , Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail selalu menasihati saya, “sekiranya kamu telah berusaha dengan gigih, maka kamu telah melakukan yang
terbaik
. Kegigihan itu sudah cukup membuat kami berasa bangga”. Saya kongsi nasihat ini dengan adik Hafizah, kalau dah usaha gigih itu dah cukup. Takdelah kena bantai Jangan takut ya, bersabar dan tunggu keputusan nanti.
Adik Hafizah pun ketawa selepas perbualan kita. Saya mendoakan keputusan SPM yang baik buat adik Hafizah. Chaiyok!