
KEADAAN kereta yang ditenggelami banjir kilat di kawasan tempat
letak kenderaan berhampiran Wisma UOA di Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/MEDIA
SOSIAL
- Oleh MASZUREEN HADZMAN dan OMAR ZIN
- 7 Mac 2022,
PETALING JAYA: Banjir kilat
dilaporkan melanda beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur,
berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial.
Perkara itu berlaku selepas
hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan beberapa jalan utama mula dinaiki
air.
Antaranya Jalan Kuchai Lama dan
Sungai Besi, sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di
tengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.
Banjir turut melanda di Jalan Persekutuan, apabila dilaporkan
kenderaan terpaksa membuat pusingan-U kerana paras air yang tinggi.

Turut
terkesan dengan banjir kilat adalah Jalan Cheras, Jalan Sultan Ismail, Jalan
Loke Yew, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Parlimen, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun
Perak dan Jalan Ampang.
Empat kawasan di sekitar Gombak
turut dinaiki air selepas hujan lebat pada waktu petang.
Antara kawasan terjejas iaitu Bandar Baru Sungai Buloh,
Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang dan Kampung Melayu Sungai
Serai, Batu Arang.
Pengarah
Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berkenaan telah menyebabkan
lebih 50 kediaman terjejas namun tiada pemindahan dilakukan.
Sementara itu, kata beliau,
kejadian banjir yang berlaku di Jalan Masjid Kampung Gombak Batu Arang dekat
sini telah menyebabkan tiga kediaman terjejas.
“Kejadian kira-kira pukul 3
petang itu telah menyebabkan air naik dengan kedalaman lebih 1 kaki.
“Bagaimanapun air tidak
memasuki rumah dan air semakin surut. Tiada pemindahan mangsa dilakukan,”
jelasnya.
Terowong SMART umum ditutup
sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir. – UTUSAN
No comments:
Post a Comment