PM Anwar Luncur Maskot Beruang Matahari Sempena Visit Malaysia 2026

 

Majlis peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di KLIA Sepang pada Isnin. Foto Bernama

SEPANG, 6 Jan – Beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang disempurnakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih menarik, watak Wira bagi beruang jantan dan Manja untuk beruang betina diperkenalkan bagi memeriahkan kempen sepanjang tahun depan.

Majlis peluncuran VM2026 disempurnakan Perdana Menteri dan dihadiri Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Peluncuran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di KLIA, Sepang pada Isnin. Foto RTM

Beruang matahari dipilih kerana ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Watak Wira dan Manja itu direka dalam gaya animasi yang comel dan menarik untuk memikat semua peringkat umur selain menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Majlis peluncuran Visit Malaysia 2026 disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di KLIA Sepang pada Isnin. Foto Bernama

Ikon kempen itu diperkenalkan buat pertama kali pada Majlis Pelancaran VM2026 di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), di sini hari ini.

Pada majlis sama, Anwar turut melancarkan logo VM2026 yang melambangkan budaya berwarna-warni, keindahan semula jadi dan daya tarikan Malaysia kepada global.

Dalam ucapannya, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan tiada negeri akan terpinggir dalam kempen VM2026 sebaik diluncurkan hari ini.