PERCAYA KAH ....BUDAK BUDAK NI KADANG BELIT DEPA PUN KUAT..ALMAKLUM UMNO....

 

‘Umno silap-silap dia nak Zahid’ tak berasas, kami calon Ismail sebagai PM, kata Shahril




Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan, berkata Presiden Umno telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak menamakan diri sebagai Perdana Menteri walaupun mengepalai parti terbesar negara itu.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan membidas rakan sejawatannya dari Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berhubung kenyataan dibuat untuk memburukkan parti itu, terutama berkaitan sokongan terhadap Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Shahril dalam catatan di Facebook meminta Ketua Penerangan Bersatu itu, menyemak semula fakta mengenai dakwaan beliau bahawa bukan Umno yang mencalonkan Ismail untuk jawatan tersebut.

“Umno dan BN (Barisan Nasional) memutuskan untuk mencalonkan Ismail sebagai calon tunggal mereka untuk jawatan tertinggi dalam mesyuarat pada 17 Ogos, tahun lalu.

“Tuduhan beliau ‘Umno silap-silap dia nak Zahid Hamidi’ tidak berasas. Beliau mungkin kurang faham dengan semangat parti yang bermusyawarah sebelum membuat keputusan,” katanya.

Tambah beliau lagi, tidak pernah sesekali Presiden Umno menuntut dicalonkan sebagai Perdana Menteri dan inilah realitinya ketika kerajaan Pakatan Harapan runtuh dan ketika Perdana Menteri bertukar.

“Pada 16 Ogos 2021, Presiden Umno telah mengeluarkan kenyataan beliau tidak pernah terlintas untuk menamakan diri sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai parti terbesar negara.

“Ini jelas sekali lagi bahawa Umno memilih Perdana Menteri sebagai calon selepas mesyuarat memutuskan dengan sebulat suara,” katanya.

Mengenai dakwaan Wan Saiful dengan istilah ‘kluster mahkamah’ yang mendesak supaya pilihan raya negeri (PRN) diadakan, Sharil menegaskan, pemimpin Bersatu pernah mengancam untuk menjatuhkan parti itu ketika kempen PRN Melaka.

“Presiden Bersatu (Muhyiddin), pernah mengugut mahu menekan butang dan boleh menyebabkan kerajaan Johor tumbang. Ketidakstabilan politik berpunca daripada Bersatu di Johor, bukannya ‘kluster mahkamah’ yang mencetuskan PRN.

Semalam, FMT melaporkan kenyataan Wan Saiful dalam ceramah Perikatan Nasional (PN) di Muar, bahawa sokongan partinya terhadap Ismail adalah bersyarat, dan mengingatkan Perdana Menteri bahawa Bersatu yang mencalonkannya untuk jawatan terbabit, selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

“Kita perlu ingat Ismail adalah Perdana Menteri hari ini bukan kerana Umno. Umno tidak pernah mencalonkannya.

“Mereka mahu Zahid (Ahmad Zahid Hamidi),” katanya merujuk kepada Presiden Umno.

Wan Saiful juga berkata, ‘kluster mahkamah’ Umno tidak mempedulikan usaha Ismail untuk mentadbir negara dengan jayanya.

Katanya, kumpulan ini mahu menyelamatkan diri dan menumpukan kepada perebutan kuasa serta mahu menjatuhkan semua orang, termasuk mereka yang membantu menaikkan namanya.

No comments: