Semalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia memaklumkan sedia untuk bertembung dengan UMNO pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada cara lain untuk mengelak pertembungan itu memandangkan UMNO membuat keputusan untuk tidak mahu bersama-sama parti itu sebagai gabungan Perikatan Nasional pada PRU-15.