POSTED BY AMIR WRLR
Perjuangan KEADILAN sejak tertubuh lebih dua dekad amat berbeza
daripada lain lain parti.
Menurut Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Ismail, parti keramat tersebut lahir daripada penganiayaan ke atas Datuk
Seri Anwar Ibrahim, maka oleh itu sepanjang perjuangannya KEADILAN akan
memastikan martabat rakyat terbela dan diangkat.
Tegas Dr Wan Azizah, semangat itulah yang perlu dipupuk agar
rakyat yakin dengan perjuangan KEADILAN dan memberi peluang kepada pemimpinnya
memegang kuasa.
Katanya, pengorbanan ahli atau sukarelawan KEADILAN dalam membantu
mangsa mangsa banjir tempoh hari amat dihargai dan diharap akan menjadi
perhitungan rakyat dalam memilih wakil mereka pada masa hadapan.
"Kita rasa sungguh berbangga anggota KEADILAN sanggup
berkorban untuk menyelamatkan orang Malaysia tak kira bangsa dan agama.
"Ini yang penting, semangat yang kita mahukan. Parti KEADILAN
kita asaskan sebagai parti pelbagai kaum. Tiap tiap bangsa diraikan. Kita mahu
keadilan untuk semua.
"Kita parti semua bangsa, semua agama mahukan kebaikan. Dan
selama ini Anwar Ibrahim berkorban, mungkin tidak dapat jawatan tetapi
pengorbanannya untuk negara. Meneruskan perjuangan mengangkat martabat
manusia," katanya.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu lagi, pernah pada satu tahap
beliau tidak sanggup menghadapi gejolak politik yang jauh berbeza daripada
kerjaya awalnya sebagai seorang doktor.
Namun kunjungan beliau melawat Anwar di penjara menguatkan
semangatnya. Salah satu kata kata itu adalah tekad Anwar untuk membantu lebih
gigih kaum minioriti jika keluar dari penjara.
Justeru, pesan Dr Wan Azizah, parti perlulah lebih banyak
melahirkan ahli ahli yang giat menolong rakyat tidak bernasib baik yang akan
menarik minat rakyat dan mengangkat imej KEADILAN sebagai parti yang berwibawa
untuk diangkat sebagai kerajaan.
"Dalam politik Malaysia kita mesti menang pilihan raya. Akar
umbi adalah penting untuk kita menangkan calon kita. Ini salah satu apa yang
kita mahu. Kita menang untuk tolong rakyat," katanya lagi.
Dalam majlis itu, Dr Wan Azizah menyampaikan penghargaan kepada 20
sukarelawan masyarakat India yang membantu mangsa mangsa banjir khususnya di
Shah Alam dalam malapetaka 18 hingga 22 Disember 2021 lalu.