KISAH GENTING HONG KONG ADA PERSAMAAN DENGAN BBMB HONG KONG .




Bila saya baca chronology kes Genting Hongkong,
Teringat satu real story kes pembunuhan yang diceritakan oleh client Public Mutual saya..
Time tahun pertama saya jadi unit trust consultant lebih 15 tahun dulu.
Masa ni, client saya ni kira rakan Allahyarham Abdul Jalil,
Seorang juru audit yang dibunuh ketika siasat BMF scandal di Hongkong.
Lepas kes pembunuhan tu, client saya resign, dan start kerjaya in industri lain.
Walopon tak terlibat secara lansung, berlainan bank,
Tapi dia tak sanggup, katanya, phobia pon ada,. sampai dalam mimpi, katanya lagi.
Dia kenal aruah dah lama, then kebetulan sama sama in industri banking.
Kes Aruah abd Jalil ni, maybe kalian belum lahir lagi, awal 80an.
Saya pernah dengar tengah tengah hot tu, tapi tak paham sangat, sebab masa tu masih budak budak lagi...
Bila client saya ni cerita, then saya cari kat internet, baru saya faham kes sebenar.
Dulu, ada satu bank, nama bank tu Bank Bumiputera,
Bawahnya ada anak syarikat yang diberi nama Bumiputera Malaysia Finance (BMF)
Sekarang ni, kalau kalian dengar ahli politik sebut, BMF BMF ini lah dia...
According to client saya, ianya melibatkan pinjaman 2.5B kat satu company di Hongkong.
Cuba check Time Value Of Money, berapa besar 2.5B awal tahun 80an dulu..kan?
Dan katanya lagi, cara loan approval , dengan cara melobi pegawai pagawai berumpan rasuah.
Dan bila syarikat berpengkalan kat Hongkong tu nak muflis, dia orang nak pinjam lagi,
Aruah Jalil ni salah seorang yang menentang.
Dan dipendekkan cerita,
Aruah abd Jalil merupakan seorang pegawai yang berintegriti, tak boleh dibeli.
Then majikannya iaitu Bank Bumiputera ni, hantar dia ke Hongkong untuk menyiasat apa yang berlaku.
Malangnya, kat sana beliau dibunuh tanpa belas kasihan.
Dan mayatnya dijumpai di satu ladang.
Hingga hari ini, kes ni tak selesai.
Dan persamaan dengan cerita Genting ni,
Sekarang ni, bank disebut tu, semua ada saham PNB.
Amanah Saham Bumiputera.

No comments: