KEDUTAAN TAK BERFUNGSI, KJ TAK PEDULI!



ZUNAR 

Rakyat Malaysia di Indonesia 4 bulan dinafikan hak vaksin...

KEDUTAAN TAK BERFUNGSI, KJ TAK PEDULI!

Sebagai catatan, rakyat Malaysia di negara itu harus melalui kedutaan jika ingin mengambil vaksin.

Article dari Indonesia cara untuk orang asing mendapatkan vaksin di Indonesia :

https://www.google.com/.../berikut-cara-wna-akses...

Ramai rakyat Malaysia yang tinggal di Indonesia belum menerima vaksin kerana sikap acuh tak acuh kedutaan Malaysia dan juga Menteri Kesihatan Malaysia. Seorang suri rumah, Pn Aida memaklumkan kepada Zunar Kartunis Fan Club bahawa dia sampai sekarang belum divaksinasi dan kecewa dengan sikap pegawai2 kedutaan yang tidak memperdulikan rayuannya walaupun empat bulan berterusan mencuba. Menurut Aida, berbagai-bagai alasan diberi oleh pegawai2 kedutaan, walau dia berulang kali menghubungi mereka melalui whatsapp, panggilan telefon dan juga Facebook chatting. "Apa government buat? aku email ke KKM, ke covid task, kementerian luar negeri, aduan ke Jabatan perdana menteri, email ke 3 orang penasihat menteri kesihatan, pejabat timb menteri kesihatan, sampai DM ig syed saddiq, KJ.. Yang ada balasan hanya dri JPM auto reply = kami akan membawa masalah ini ke pihak berwajib.. Sampai aku tak tau nk mengadu kemana semua tak function, kata Aida. Hasilnya dia bersama ramai lagi rakyat Malaysia yang tinggal di Indonesia dinafikan hak untuk mendapat vaksin.

Di bawah adalah catatan Aida.

+++++++++++

Hye, di sini saya ceritakan secara ringkas perihal saya dan ramai lagi rakyat Malaysia di Indonesia yang sampai sekarang belum dapat vaksin.. Menteri kesihatan kita da sampai booster ke 4, rakyat dia kat luar negara ni terdampar tak dapat vaksin. Selama berhubung dengan pihak kedutaan dalam masa 4 bulan untuk menanyakan info vaksin, jawapan mereka adalah seperti berikut:

1. Aida: "Saya nak tanya pasal vaksin."

Kedutaan: "Di kedutaan tidak ada, silakan tanya di kejiranan anda."

2. Minggu kedua, tanya lagi Saya nak tanya pasal vaksin.

Jawapan: "Di kedutaan tidak ada sebarang program vaksin untuk rakyat."

3. Minggu berikutnya tanya lagi

Jawapan: "Belum ada sebarang arahan dari Putrajaya, masih menunggu arahan."

4. Di hari lain, tanya lagi: "Dekat hospital yang boleh saya vaksin berbayar?"

Jawapan: Kedutaan ada tak info hospital yang menyediakan vaksin berbayar untuk orang asing. Maaf tidak ada. Mohon berhubung langsung dengan pihak hospital.

5. Tanya lagi: "Kenapa di Malaysia, orang asing dapat vaksin free? Saya mau bayar tapi info mengenai vaksin pun tak ada??

Jawapan: "Itu kerana Dasar kerajaan Malaysia memperuntukkan semua vaksin untuk orang di Malaysia."

6. Lepas saya tekan lagi, dia bagi form FB kedutaan.

Jawapan: "Sila isi borang, di dalamnya ada persetujuan untuk membayar 800 ribu (230 ringgit) rupiah untuk dua dose vaksin sinopharm.

7. Tunggu agak2 dua minngu, tak ada jawapan. Saya whatsapp balik:

Setelah diisi rupanya hanya untuk semakan.. Hahaha

8. Setelah di tanya berulang kali melalui panggilan dan wahatsaap tanpa henti..akhirnya jawab: .

"Kami telah menghantar nama anda ke KADIN - (Kamar Dagang dan Industri Indonesia, seperti MITI di Malaysia) untuk vaksin."

9. Sebulan berlalu sepi... tanya lagi, dijawab "Kami masih menunggu maklum balas dari pihak KADIN."

10. Di hari lain, selepas ditanya lagi dan lagi dengan agak keras... Dijawab: "Kami dah "TANYA" tapi KADIN beritahu buat masa ni belum ada lagi vaksin untuk foreigner (padahal hari itu kau cakap dah bagi nama tinggal tunggu maklum balas).. Macam mana kau bagi nama sebelum tahu status?

11. Aku check dengan KADIN. Jawapan pegawai-pegawainya bahawa mereka tak pernah menerima sebarang permohonan rasmi dari kedutaan.

KOMEN PN AIDA.

Ini jawapan dari pihak kedutaan sangat tidak profesional, seharusnya kau ada segala info supaya kalau rakyat tanya tak malu nak jawap.. Sekali ketuk sekali jalan.. Kalau aku diam tak tanya memang tak buat apa2.. Aku bising2 nnti bergerak la kejap lepas tu senyap.