Tradisi memimpin semua kaum jadi kekuatan KEADILAN - William Leong


 

Satu sifat yang menjadi asas KEADILAN digemari di kawasan pelbagai kaum adalah kepimpinan parti yang 'buta perkauman'.



Hal itu ditegaskan oleh Ahli Parlimen Selayang selama 3 penggal William Leong Jee Keen kepada pemimpin dan anggota KEADILAN dalam Majlis Penghargaan Pimpinan Akar Umbi dan Sukarelawan Banjir KEADILAN di Shah Alam, semalam.



Bagi William, teras kepercayaan rakyat itu perlu diteruskan oleh pemimpin parti dalam keadaan persempadanan pilihan raya yang meletakkan semakin banyak kawasan majoriti Melayu berbanding dahulu.



"Bagaimana anda boleh jadi calon kalau berfikir seperti MIC hanya memberi penerangan kepada kaum India dan hanya kaum India sahaja yang cari anda untuk selesai masalah, bukan Cina, bukan Melayu. Tidak ada kawasan majoriti India (di Malaysia).



"Anda perlu jadi pemimpin untuk semua, tokong Cina ada masalah, sekolah Melayu ada masalah, kena bantu, jangan isu satu kaum sahaja. Sampai pengundi di kawasan itu bukan lihat anda sebagai pemimpin kaum tetapi mereka lihat ini pemimpin KEADILAN untuk semua. Baru layak jadi calon.



"Sistem kita tak sama dengan BN. Kawasan Melayu Umno ambil, kawasan Cina MCA ambil. Kawasan tradisi MIC diberikan kepada mereka. Kalau anda semua tak tukar jadi pemimpin semua kaum, kita ada masalah.



"Kawasan saya kini jadi majoriti Melayu, Umno mahu ambil balik dari MCA untuk berlawan. Kalau ini berlaku, parti cari calon yang boleh menang. Kita tidak boleh salahkan parti kalau parti melihat (orang) ini pemimpin Cina sahaja atau India sahaja, (KEADILAN) tak boleh menang," katanya.



Menurut Wiliam lagi, pengalaman beliau dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini, ada bilik gerakan yang menyaksikan perbalahan ahli lama dan ahli baharu dari MIC. Waktu singkat, katanya, harus digunakan untuk berkerja memenangkan kawasan bukan saling bercakaran.



Begitu juga pengalaman awal beliau dalam parti pada 2007 sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin dan menyaksikan banyak pergaduhan yang tidak produktif serta mengurangkan keyakinan rakyat.



Hal itu, tegas Wiliam mesti dihentikan oleh generasi baharu pimpinan untuk menuju kemenangan dalam pilihan raya



Selain itu, parti juga perlu dilihat kuat oleh komponen Pakatan Harapan supaya pemimpin selain Melayu akan dilantik sebagai Exco atau Menteri sekiranya PH menang di peringkat negeri atau Persekutuan.



"Bila kita tidak kuat kita akan rugi. Walaupun kita menjadi kerajaan anda akan rugi. Tengok Selangor 3 penggal menang. Penggal pertama kita ada Xavier sebagai Exco (jaga kaum India), lepas itu tidak.

 

No comments: