MODEL CANTIK BERBULU KETIAK LEBIH BERKEYAKINAN

 

Model cantik ini bangga tayang bulu ketiak, cukur hanya 2 kali setahun


Bagi kebanyakan orang, bulu ketiak merupakan perkara peribadi yang melibatkan kebersihan dan penampilan diri. Ia perlu dicukur dan dirapikan selalu. Namun sungguh tak dapat dibayangkan dengan hanya bercukur dua kali setahun, bulu ketiak dibiarkan panjang dan dengan bangganya ‘menayang’ dan memperagakannya pula.

Penampilan Unik

Seorang model wanita membuat penampilan unik setiap kali memperagakan koleksi busana baharu iaitu dengan menayangkan bulu ketiaknya yang didakwa hanya dicukur dua kali setahun.

Nikki Serenity, 24, dari St. Louis, Missouri, memberitahu dia tidak lagi ‘boleh membayangkan dirinya bersih dengan mencukur’ selepas membuat penampilan ‘berani’ itu menerusi pelbagai sesi bergambar dalam lebih 55 majalah fesyen.

Nampak Lebih Cantik & Berkeyakinan

Jelas Serenity, dia mula menunjukkan ‘kelebihannya’ sejak berusia 19 tahun, namun ada jurugambar yang enggan bekerja dengannya kerana beranggapan gayanya di luar norma.

“Saya mula membiarkan bulu ketiak saya panjang selepas melihat beberapa model membuat penampilan begitu.

“SAYA BERPENDAPAT MEREKA KELIHATAN CANTIK DAN LEBIH BERKEYAKINAN, MAKA SAYA JUGA INGIN MEMBUAT PERKARA YANG SAMA,” KATANYA SEPERTI YANG DILAPOR DAILY MAIL.


 

Tak Cukur Bulu Kaki

Model wanita itu juga memaklumkan, dia tidak lagi mencukur bulu kaki seperti yang dilakukan kebanyakan wanita.

Katanya, dia memahami ada sesetengah pihak kurang selesa dengan penampilannya, namun dia menegaskan sering menjaga kebersihan bagi memastikan penampilannya kemas.

“SAYA TIDAK KISAH JIKA ADA YANG MENGANGGAP BULU KETIAK SAYA INI MENJIJIKKAN, INI BADAN SAYA DAN SAYA AKAN LAKUKAN APA YANG SAYA SUKA.

“Mungkin saya kehilangan beberapa tawaran bekerja, namun saya percaya dan  pasti ada pihak yang yakin dengan penampilan ini,” ujarnya.

No comments: