GENDANG PERANG SUDAH BERBUNYI. LEBIH BAIK BERUNDUR SEBELUM DIHUMBAN KELUAR



Tamrin Tun Ghafar
Selasa – 05/05/2020
( 1 – 35 )
1. Bagi menghormati Bulan Ramadhan ini saya telah bertekad untuk tidak membuat sebarang komen seperti yang lazim dilakukan.
2. Namun dengan beberapa peristiwa dan kenyataan politik beberapa hari ini, tidak dapat tidak atau suka tak suka saya TERPANGGIL juga untuk memberi ulasan.
3. Walaupun ramai yang bersetuju namun tidak dapat dinafikan ada juga segelintir ‘pengampu- pengampu’ yang tak senang dengan pandangan dan kritikan saya sama ada secara terang – terangan mahu pun secara sinis.
4. Kita perlu menegur dan BERCAKAP BENAR jika mahu melihat negara kita terus maju, malah lebih maju dari negara lain yang sudah maju.
5. Perkara ini tidak mustahil; jika kita masih ingat kehebatan negara kita pada awal 1990 dibawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad ketika itu, negara kita disanjung tinggi sehingga digelar ‘THE ASIAN TIGER’ oleh dunia.
6. IMF dan George Soros yang pernah mengkritik Dr. Mahathir ketika Asian Financial Crisis AKHIRNYA memuji kehebatan dan kecekapan beliau menangani situasi tersebut dengan baik dan berkesan.
7. Begitu juga walau pun TIDAK disenangi oleh 9 orang Raja – Raja Melayu, namun Dr. Mahathir memilih menyelamatkan negara dan rakyat dari terus ‘DIBULI’ dan dalam masa yang sama BERJAYA MENYELAMATKAN Institusi Raja Berpelembagaan semasa Krisis Perlembagaan dahulu; malangnya masih ada di kalangan mereka yang marah dan menggangap Dr. Mahathir seorang ‘PEMBELOT’.
8. Tun Dr. Mahathir BUKANLAH MAKSUM seperti Hadi, beliau juga tak lepas dari melakukan kesilapan.
9. Menjelang Pilihanraya Umum ke14 pada 9hb Mei 2018, walaupun sudah menjangkau usia 93 tahun ketika itu namun Parti – Parti Gabunagan PH ( PKR , AMANAH, DAP dan BERSATU ) pada masa itu TERPAKSA memujuk Tun bagi mengepalai mereka bagi menumbangkan UMNO/BN.
10. Kerana keengganan Kerajaan Najib membenarkan penggunan nama dan simbol Pakatan Harapan ketika itu, AKHIRNYA mereka semua bersetuju MEMINJAM nama dan simbol PKR.
11. Situasi sama ini hampir menjadi kenyataan apabila PAS dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz pernah membenarkan DAP ( yang kini dianggap oleh Hadi sebagai anti Melayu dan Islam ) bertanding atas nama dan simbol PAS.
12. Tun telah dipilih sebagai Pengerusi BERSATU dan Muhyiddin pula sebagai Presidennya.
13. Mengikut Perlembagaan BERSATU, Pengerusi mempunyai kuasa yang lebih dari Presiden; sebagai contoh Presiden MESTI TERLEBIH dahulu mendapat persetujuaan Pengerusi bagi segala apa yang hendak dilakukan, ini termasuk dalam perlantikan Setiausaha Agung Parti.
14. Langkah Sheraton telah mengubah corak amalan politik negara apabila Muhyiddin SANGGUP melupakan PERJANJIAN PERSEFAHAMAN antara 4 Parti Gabungan PH yang mana beliau sendiri menandatanganinya dan bekerjasama dengan UMNO , PAS dan disokong pula oleh GPS Sarawak dan 10 bekas Ahli Parlimen PKR pimpinan Azmin Ali bagi menubuhkan Kerajaan yang TIDAK DIPILIH rakyat.
15. Bagi mendapatkan jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin selaku Pengerusi BERSATU Johor SANGGUP dengan mudah menyerahkan Kerajaan Johor dari BERSATU kepada UMNO.
16. Di Johor, Wakil-Wakil Rakyat dari Bersatu sudah TIDAK LAGI DIHORMATI oleh UMNO.
17. Rakyat Johor mula terasa telah DIPERALAT dan DITIPU oleh Muhyiddin dek kerana gilakan jawatan Perdana Menteri.
18. Mereka masih TERBAYANG bagaimana BENCI dan JANJI Muhyiddin bahawa apa pun jadi TIDAK AKAN BERSAMA UMNO lagi; jika di Jepun terutama di zaman SAMURAI dahulu demi menjaga maruah…..mmm faham sajalah.
19. Jika Dewan Negeri Johor dibubarkan dan diadakan pilihanraya semula, BERSATU yang kini ada 11 kerusi Dewan Negeri akan HANYA dapat TAK LEBIH 4 kerusi sahaja.
20. Pada rakyat Johor khususnya mereka terlalu bosan dari terus dipermain-mainkan dan ditipu seolah-olah undi mereka pada BERSATU TIDAK DIHORMATI, apa faedah menyokong BERSATU jika Muhyiddin yang kini sudah dapat apa yang diidamkan beliau selama ini, maka beliau sendiri TIDAK PEDULIKAN perasaan pengundi di sana.
21. Walaupun TIDAK BOLEH BERTAHAN LAMA atas sebab tekanan politik dan barah tali perut sehingga ada yang menggelarkan beliau sebagai Perdana Menteri setengah hari (beliau perlu balik ke rumah setiap hari dan berehat selepas mengambil ubat-ubatan) namun yang penting bagi Muhyiddin ia terukir dalam sejarah negara bahawa beliau pernah menjadi Perdana Menteri walaupun TAK SAMPAI setahun.
22. INILAH SIKAP MEMENTINGKAN DIRI daripada menghormati suara dan kehendak rakyat yang telah menolak UMNO dan PAS.
23. Memang benar apa yang dikatakan oleh Mat Sabu, Presiden AMANAH:
‘YANG MENANG
JADI
PEMBANGKANG
YANG KALAH
JADI
KERAJAAN.’
24. Dalam politik tidak ada kawan dan lawan yang kekal – dulu Muhyiddin dan Azmin adalah ‘orang kepercayaan’ Tun Mahathir tapi demi kepentingan diri masing-masing, kedua-dua mereka sanggup MENIKAM Tun dari belakang; lupakah kita peristiwa Muhyiddin ‘menikam’ Abdullah Badawi dan lupakah kita bagaimana Azmin ‘menikam’ Anwar serta Wan Azizah ekoran ‘Langkah Kajang’?
25. Kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) hari ini tak ubah seperti nyawa di hujung pedang.
26. Ekoran kenyataan Mat Hasan, Timbalan Presiden UMNO beberapa hari lepas, sudah ada laporan-laporan dibuat kepada ROS yang ingin kepastian apakah PN pernah didaftarkan seperti Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) dan bila pula Azmin Ali dan 9 orang Ahli Parlimen PKR mengisi Borang Keahlian BERSATU dan diluluskan pula oleh parti yang mana Tun bukan sahaja sebagai Pengerusi, bahkan telah diumumkan MENANG
tanpa bertanding bagi penggal akan datang sedangkan Muhyiddin sebagai Presiden pula menghadapi tentangan.
27. Bagi menentukan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya itu tidak tergugat, beliau SANGGUP MENJADI PAK TURUT – kini tak ubah seperti mesin duit atau ‘ATM machines’ – siapa saja orang politik yang berjawatan tak kira ssma ada di Pusat mahu pun Negeri membuat ugutan, maka bagi menutup mulut, mereka akan diberi jawatan dalam GLC.
28. Muhyiddin selaku Pengerusi BERSATU Johor kini TIDAK MAMPU berbuat apa – apa terhadap UMNO yang terang – terangan membuli BERSATU di peringkat negeri Johor walau pun BERSATU mempunyai 11 Kerusi Dewan Undangan Negeri dan majoriti Kerajaan PN HANYA 1 Kerusi sahaja.
29. Difahamkan Kerajaan negeri Perak juga sedang bergolak di mana hampir kesemua Ketua – Ketua Bahagian UMNO TIDAK senang dengan Menteri Besar mereka yang kebetulan pula penyokong kuat Muhyiddin; jika ini berlaku BERSATU yang HANYA punyai 4 Kerusi Dewan Undangan Perak, termasuk 3 yang melompat, pasti akan tumbang.
30. QUE SERA SERA – APA NAK JADI, JADILAH – yang maha penting bagi Muhyiddin ialah jawatan Perdana Menteri saja.
31. Apakah benar RM250 Billion bagi menangani masalah yang dihadapi Makcik Kiah seperti yang pernah diumumkan dan disambut dengan titisan air mata gembira benar – benar mencapai sasaran atau satu lagi gula – gula yang dicampakan keatas tanah untuk kutipan Makcik Kiah?
32. Rakyat tak sabar menunggu bagi melihat sejauh mana Kerajaan PN ini boleh bertahan.
33. Muhyiddin ada 2 pilihan :
i. Bagi mengekalkan jawatan Perdana Menteri, tangguhkan lagi Sidang Parlimen ATAU,
ii. Pilih jalan mana yang sesuai untuk keluar SEBELUM DIHUMBAN – pintu depan, belakang, tingkap atau bak kata Hadi, Duta Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri, ‘melalui’ TEBUK ATAP’.
34. Bagi tujuan meraih simpati dan sokongan dan dalam masa yang sama MENYALAHKAN TUN kerana meletak jawatan, nasihat ikhlas saya Hentikan DRAMA atau MAINAN POLITIK konon nya beliau TAK BERMINAT nak jadi Perdana Menteri
35. ‘YA ALLAH MASUKKAN AKU DARI PINTU YANG BENAR DAN KELUARKAN AKU JUGA DARI PINTU YANG BENAR’ – Amiin !
Wassalam
Terima Kasih.