DIHADAPKAN KE MAHKAMAH KERANA MELAPORKAN PEMBALAKAN HARAM

Puan Ibi Uding (44) dari Kampung Merakai Serian, Sarawak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Serian pada 6 Mei 2009 kerana dituduh mencederakan Sulong Bin Aron (seorang pekerja balak) di kawasan NCR penduduk Kampung Merakai dan kampung Lebor. Kes pembalakan yang diragui "haram" itu telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuching pada tahun 2004 dan perbicaraan kes telahpun selesai.

Sehingga kini, pemilik NCR terlibat masih menanti keputusan dari mahkamah. Dalam pada itu, aktiviti pembalakan itu diteruskan olah pembalak tanpa henti! Pada hari sebutan kes Ibi Uding pada 6 Mei 2009, sulong Bin Aron (pendakwa) gagal menghadirkan diri dan kes ditunda ke tarikh 9 Jun 2009 untuk disebut semula.


Namun, pada 9 Jun 2009, Sulong Bin Aron turut gagal menghadirkan diri. Pihak mahkamah seterusnya melucutkan pertuduhan terhadap Puan Ibi kerana pihak pendakwa gagal menghadirkan diri pada kedua-dua aturcara perbicaraan. Mungkin, ada pihak yang mengarahkan Sulong Bin Aron membuat laporan palsu untuk mengugut Puan Ibi Uding supaya menghentikan tentangan terhadap pembalak di kawasan berkenaan. Pendek kata, berani kerana benar membawa rahmat.



THANKYOU CITIZEN JOURNALIS TEAM

Jurukamera: Pairin Boka

Temuramah:Pairin Boka

Suntingan :Pairin Boka

Suara latar :