Dengar khabar dia ni orang kuat (associate) satu parti politik.
Umur muda sudah ada cash RM38 juta dan emas 200kg, sudah tentu
hasil rajin menabung dari kecil.
***************
Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dan dua rakan kongsinya
ditahan dalam operasi besar-besaran yang dilakukan oleh Pasukan Petugas
Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia - Multi Agency Task Force (MATF), di
sekitar Kuala Lumpur, Isnin lepas.
Menurut sumber, dalam serbuan yang dilakukan serentak di 34
lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan melibatkan kekuatan 315 pegawai
pelbagai agensi itu, wang tunai berjumlah RM38 juta dan emas seberat anggaran
200 kilogram, dianggar bernilai RM60 juta telah dirampas.
Katanya turut disita 17 kereta mewah antaranya berjenama
Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz.
“Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan
kerana disyaki terlibat dengan rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang
haram dan pengurangan cukai tidak sah.
“Operasi ini merupakan kes pertama yang dijalankan di bawah
Pasukan Petugas MATF yang dipengerusikan oleh Peguam Negara,” kata sumber itu.
Menurut sumber, operasi itu dijalankan dengan kerjasama enam
agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen,
Jabatan Kastam, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Cyber
Security Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki
mengesahkan kesemua penahanan berkenaan.
Beliau berkata kes ini disiasat di bawah Akta SPRM 2009, Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil
Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam
1967.
- Bernama