ANWAR - BERTEMU PM SINGAPURA

 




Bertemu TPM Singapura Lawrence Wong

Terima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia selama empat hari.

Saya ucap tahniah atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura.

Dalam pertemuan selama sejam, kami membincangkan pelbagai perkara terkait isu ekonomi, hubungan perdagangan dan kerjasama dua hala.

Kami juga menyentuh perkembangan terkini Malaysia-Singapura serta isu melibatkan rantau ini dan ASEAN.

Kami turut bersetuju bahawa hubungan Malaysia-Singapura perlu terus diperkukuh serta berganding bahu dalam pelbagai lapangan kerjasama.

 

No comments: