PAKATAN HARAPAN PAHANG TELAH BERSEDIA HADAPI PRU15




W.FAUDZIN


PAKATAN HARAPAN PAHANG TELAH BERSEDIA HADAPI PRU15

Pada 04 September 2022, Mesyuarat Pakatan Harapan negeri Pahang telah diadakan di Temerloh. Kesemua pimpinan utama dari parti komponen PH telah hadir.

Di dalam mesyuarat tersebut telah dilantik pimpinan baru PH di mana Pengerusinya adalah YAB Dato Seri Amirudin Shari yang juga merupakan Pengerusi MPN Keadilan Pahang. Beberapa jawatan lain juga telah dilantik bagi memperkuatkan jentera PH untuk menghadapi PRU15 tidak beberapa lama lagi.

Dua hari sebelum itu, MPN Keadilan Pahang juga telah mengadakan retreat Keadilan Pahang juga bertempat di Temerloh. Kesemua Ketua Cabang, termasuk AMK dan Wanita telah hadir.

Ini membuktikan bahawa PH Pahang begitu serius untuk menghadapi PRU15. Rakyat terutamanya di Pahang harus memberikan peluang kepada PH untuk menerajui negeri yang kaya raya ini tetapi di bawah kerajaan Umno/Bn selama ini kekayaan negeri tidak sampai kepada mereka. Rakyat negeri Pahang harus melihat bagaimana negeri Selangor dan P.Pinang yang telah diberi mandat oleh rakyat kedua negeri tersebut selama tiga penggal berturut-turut telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat mereka. Kekayaan negeri dinikmati bersama oleh rakyat.

Kini, masa untuk kita bergerak dan memberikan penerangan kepada rakyat. Keadilan telah menyelesaikan pemilihan jawatan di peringkat Cabang. Justeru itu, pemegang mandat ahli-ahli parti ini harus melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin. Begitu juga di peringkat negeri, pemegang jawatan harus bekerja keras mulai sekarang.

Saya yakin, PH Pahang mampu memberikan saingan kepada Umno/Bn dan Pas/PN di negeri ini. Rakyat perlu bangkit untuk lakukan perubahan. InsyaAllah, selagi ada kekuatan, kesihatan yang baik dan umur yang panjang, saya bersedia untuk terus berkhidmat kepada parti sebagai ahli biasa yang juga bertanggungjawab membantu parti tercinta ini. Begitu juga anda, jika anda mahu melihat negeri dan negara ini boleh ditadbir dengan baik, anda harus membantu perjuangan ini.

WFAUZDIN NS

 

No comments: