TAK AKAN LAH JIKA HASILNYA MASIH SAMA BERPULUH TAHUN...MASIH LAGI DILINGKARAN YANGG SAMA ? ADAKAH RAKYAT MASIH NDAK DUDUK DI TAKUK LAMA....KAMU ADA PILIHAN...CONTOH PENANG DAN SELANGOR SERTA N9

 

Umno perlu jadi sekutu PAS di Kelantan, kata penganalisis



Pada Ahad, muktamar PAS meluluskan usul untuk memulihkan kerjasama politik MN dengan Umno menjelang PRU15.

PETALING JAYA: Umno Kelantan perlu meneroka kerjasama dengan PAS selepas pilihan raya umum (PRU15) jika mahu mentadbir negeri itu, kata seorang penganalisis politik.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Umno harus mengambil maklum hasil muktamar PAS baru-baru ini, yang menyaksikan ramai pemimpin PAS tetap berharap untuk bekerjasama dengan Umno walaupun parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu enggan.

Beliau berkata, Umno Kelantan perlu meyakinkan pengundi di negeri itu bahawa wujud peluang cerah untuk Umno bekerjasama dengan PAS selepas PRU15, selaras dengan persepsi kukuh bahawa ia akan menjadi parti dominan selepas PRU.

“Mesej yang Umno harus sampaikan kepada pengundi Kelantan adalah sama ada mereka memilih Umno atau PAS, hasilnya tetap sama kerana kedua-dua parti akan bekerjasama selepas PRU15,” katanya.

Pada Ahad, muktamar PAS meluluskan usul untuk memulihkan kerjasama politik Muafakat Nasional (MN) dengan Umno menjelang PRU15.

Bagaimanapun, Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata, parti itu akan berusaha habis-habisan bertanding di sembilan daripada 14 kerusi Parlimen dan 35 daripada 45 kerusi DUN.

Pada PRU14, BN Kelantan memenangi lima kerusi Parlimen dan lapan kerusi DUN.

Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, Umno Kelantan patut mencontohi PAS dengan “munajat perdana”, malah boleh melangkah lebih jauh dengan menganjurkannya di setiap daerah.

“Usaha ini bagi memastikan PAS tidak mendominasi isu berkaitan Islam,” katanya kepada FMT.

“Sebenarnya BN juga mendominasi dalam isu agama, cuma ia tidak mengaitkannya dengan politik.”

Sebaliknya, Azmil Tayeb daripada Universiti Sains Malaysia meragui sebarang strategi “luar kotak” boleh menyingkirkan PAS di Kelantan.

Beliau berkata, PAS telah berusaha keras mengukuhkan cengkamannya ke atas Kelantan dengan mendekati pengundi yang menetap di luar negeri itu.

“Parti itu menjalankan aktiviti mendekati rakyat Kelantan yang menetap di luar negeri walaupun di luar musim pilihan raya. Apabila tiba masa pilihan raya, mereka menggiatkan usaha,” katanya.

Beliau berkata, strategi jangkauan ini membantu mengekalkan rakyat Kelantan di luar negeri sebagai pengundi PAS kerana mereka mahukan “model tadbir urus Islam” di Malaysia dan percaya kerajaan negeri pimpinan PAS boleh menawarkannya.

Azmil juga menyangkal kemampuan Umno Kelantan untuk memenangi hati pengundi, memetik sentimen hiperpartisan dalam kalangan akar umbi PAS.

“Ramai ahli PAS akan memulau ahli keluarga mereka sendiri jika mengundi Umno,” katanya.

No comments: